sekembali dari kampung

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

setelah beberapa hari slps kmbali dari kampung (cuti ari raya) baru harini berkesempatan utk tulis cerita pasal tuan ku. banyak sbnrnya nk cerita, tp diringkaskan semuanya. jd cerita harini hanyalah summary:

- hari raya tahun ni xde bunga api kt kg
- raya tahun ni, cuma beberapa ketul je rumah tuan ku beraya. itu pun lps ari raya ke-3
- duduk kg pun tuan ku bkn layan orang, tp buat programming
- balik beraya seminggu, ada >1000 rss tuan ku kena baca
- lps upload gmbar hari raya, ada advert agency propose tuan aku utk beli gmbar dia
- mlm td tuan ku panjat bumbung rumah, pasang kipas syiling kt bilik dia

hari-hari kemenangan

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

ramadhan, bulan kemenangan - itu lah yg dipegang umat islam dari dulu hingga sekarang. seawal jam 8 pagi semalam, tuan ku telah berjumpa dengan supervisor final year project (fnp) beliau, setelah beberapa bulan tidak berjumpanya. oleh sbb yg demikian, tuan ku dan rakan2 nya mendapat tazkirah percuma di bulan ramadhan ini. tuan ku bkn tidak mahu berjmpa dengan supervisornya tetapi merasakan sukar utk berjumpa apatah lagi bila tiada progress pada projeknya.

malamnya, dengan perasaan sedikit insaf tuan ku dengan ceo nya telah meluangkan sedikit masa utk fnp mereka. tuan ku membantu ceonya membangunkan mobile application (tajuk sistem rahsia sbb tuan ku dan ceonya akan menjual sistem tersebut kepada organisasi yg berkenaan: company secret :P) dan akhirnya berjaya membangunkannya dengan perasaan sungguh gembira.

hari ini, mobile app tersebut yg dibangunkan utk windows mobile pocket pc telah dibawa ke ofis dan ditunjukkan kepada 2 orang ceo syarikat rakan tuan ku yg kini sedang join venture bersama2 membangunkan sistem permohonan pinjaman tekun nasional. kedua2 mereka terkagum melihat sistem tersebut dan bersetuju utk meneruskan join venture di masa hadapan (atau dlm erti kata, bg projek) dengan tuan ku dan ceonya di bidang yg melibatkan pembangunan aplikasi mobile.

dan pada tuan ku bersetuju, bulan ramadhan sememangnya bulan kemenangan.


pembelajaran yg boleh diperolehi dari post ini:
siapkan la final year projek dari awal, sblm dapat projek2 lain yg lagi besar. jgn pandang duit je smpai failed di final sem

gigi oh gigi

nenek xgunakan ubat gigi kayu sugi, nenek gunakan sos cili


Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

malam tadi tuan aku menemankan abangnya mencabut gigi yg sakit sejak beberapa hari. setelah puas mencari akhirnya klinik gigi di serdang menjadi pilihan (sbnrnya xde pilihan pun, semua tutup bulan pose ni). dengan berbekal kan kos sbyk ~rm150, akhirnya gigi abg tuan ku berjaya dicabut setelah dipotong empat.

bagaimana anda membayangkan rupa seorang doktor gigi wanita? tuan ku pada awalnya membayangkan doktor tersebut berbadan sedikit gempal dan berumur lingkungan 40an. tetapi tuan ku berasa aneh kerana biarpun berasa sakit tetapi abg tuan ku tidak mengeluh, kerana doktor yang mencabut giginya itu cun, hehe. dan masih cik lagi. tuan aku yg menunggu diluar pun terkejut melihat doktor tersebut yang keluar setelah berjaya membedah gigi abg tuan ku selama hampir satu jam, kerana tidak langsung seperti yang dibayangkan.

tetapi itu bukan lah pengajaran yang baik utk kita semua sbb ianya bukan pembelajaran pun. jadi xperlu la aku menceritakan peristiwa tersebut dengan lebih lanjut. cuma apa yg berjaya dipelajari tuan ku mlm itu ialah cara-cara memberus gigi dengan betul, yg dibacanya di klinik tersebut kerana boring menunggu abg tuan ku dibedah.

kata2 terakhir, jagalah gigi anda biar putih berseri.
cara memberus gigi dengan betul

satu hari di bulan ramadhan

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

hari ini hari sabtu, bersamaan 24 ramadhan. malam semalam tuan ku telah tertidur senyenyak-nyenyaknya sebaik sahaja masuk waktu berbuka. tuan ku terjaga semula jam 5.30 pagi. mungkin tuan ku kepenatan kerana bangun terlalu awal pada hari sebelumnya.

dah hari ini, tuan ku terpaksa pergi ke kerja walaupun hari sabtu. tuan ku kini bekerja sebagai pengaturcara komputer yang sedang membangunkan sistem permohonan pinjaman tekun berasaskan web menggunakan coldfusion.

bercakap tentang kerjayanya, pagi ini tuan ku telah berjaya mengetahui bagaimana untuk membangunkan perisian 'games' utk mac, pc dan juga linux. tuan ku telah terjumpa 2 engine permainan yang dinamakan torque game builder (tgb) dan torque game engine advanced (tgea). tuan ku sangat gembira kerana ini adalah diantara pencariannya yg sudah begitu lama. tgb berfungsi untuk membangunkan permainan berbentuk 2d yang sangat cantik, menarik dan interaktif manakala tgea pula digunakan untuk membangunkan permainan 3d.

tuan ku telah cuba membuat permainan menggunakan tgb melalui tutorial pertama tetapi gagal. tetapi tuan ku yakin dan insyaallah boleh lakukan kerana mempunyai pengalaman dalam bidang pengaturcaraan.

aku doakan pencarian tuan ku berjaya. caiyookk

pagi yg indah +mengantuk

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

pagi ni tuan ku xtdo lepas bangun sahur. bkn pe, sbb kena paksa ngan bos dia dtg keje awal.
arini bos dia g tmpat keje lewat skit. collegue tuan ku pun xleh dtg sblh pagi.
dan sebelah pagi ni plak ada test system projek fas yg mereka buat.
so nk xnk tuan ku dijadikan kambing hitam... haha padan muka tuan ku.

lama jugak tuan ku xbangun pagi dan menikmati pagi...
selalunya lepas sahur, subuh, trus smbung tdo.
pastu kul seploh baru bangun pg keje.
smpai la kt tmpat keje dlm kul 11.
teruk tul la tuan ku ni...!

bestday tuan ku

(sambutan bestday tuan ku yg ke-19)


Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

hari ni bestday tuan ku yang ke 23... dh tua rupanya tuan ku ini. bersempena dengan itu tuan ku telah tidak pergi ke kerja arini. ktanya xde feel sbb terbangun lewat sgt. xpe la, sbb arini bestday dia so aku maafkan. kalau x mesti aku dh mengamuk dh kat dia suh pegi kerja.

tuan ku kata dia terharu sbb dpt byk wish dr kengkawan n family (banyak la dari hari2 biasa :P). dia kta xsangka ramai orang ingat bestday dia, wpun ramai lagi yg xingat. tp xpe la, biasa la tu... sbb kalau ramai sangat tau pun bahaya jugak. malam td pun tuan ku nyaris2 terperangkap di kolej. dia terus blk cpt2. kalau dia lmbt skit tu mesti dh kena simbah ngan air yang diperam ntah brape lama xtau.

apa-apa pun tahniah la tuan ku. ucapan utk tuan ku: semoga panjang umur, murah rezeki, and berbahagia selalu. lagi satu, jgn buat dosa byk2 sgt, tuhan marah!

mengenang hari lalu

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

semalam tuan ku telah pergi ke gathering rakan2 cozmate nya semasa diploma. gathering dilakukan di taman warisan putrajaya di presint 16. walaupun dalam keadaan sibuk tuan ku berjaya juga meluangkan masa utk pergi ke event yang banyak mengimbau kenangan di zaman diploma tuan ku. zaman diploma banyak mengajarnya erti kehidupan pada tuan ku, dan rakan-rakan sekelilingnya lah yang banyak membantu tuan ku. wpun hanya gathering berbuka puasa, tetapi ada diantara rakan2nya yang lama tidak jumpa dapat dijumpakan kembali.

sebelah malamnya pula, tuan ku telah bersama2 rakan cozmatenya menghantar pulang seorang lagi rakan bekas cozmatenya yang sedang belajar di UPSI. walaupun perjalanan pergi balik mengambil masa lebih kurang 5jam tetapi tiada kekesalan dalam dirinya kerana pada tuan ku, dia berasa sangat gembira dapat membantu rakannya.

hidup tuan ku!