akaun iTunes utk warganegara malaysia

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


bagi pengguna Mac dan iTunes di Malaysia, memiliki akaun iTunes adalah merupakan satu impian yg sukar menjadi kenyataan. sbb apa? sbb akaun iTunes hanya utk orang yg duduk kt negara2 moden je cm US, UK ngan Australia je, and org tu mesti ada kredit kad. orang macam tuan aku? lagi la jangan harap.

so ape benefitnya ada akaun ni? xde la apa sgt. cuma dengan adanya akaun ni selain pengguna2 mac boleh download/beli lagu dr internet, mereka jugak download artwork lagu secara automatik dari server apple. so bila guna 'cover flow' kt iTunes tu nmpak cm kaya la sbb ada macam2 album, huhu.

tapi rezeki tuanku agaknya harini. beliau telah dpt akaun tersebut tanpa perlu menukar warganegara atau memiliki kredit kad. sblm ni ada jugak beliau terbaca kt internet cmna nk buat tp xjadi sbb cara tu dh absolute. so ni cara terbaru yg tuanku temui, utk dikongsi pengguna2 apple n iTunes kt malaysia ni.

1. pegi website ni http://www.tunecore.com/freealbum utk dapatkan code utk diredeem kan kt iTunes (aku xtau smpai bila dia akan bg code ni). dia akan automatik bukak itunes pastu. Agree dengan agreement dia klu korang nk truskan (tp klu pape jadi aku xterlibat, risiko sendiri)
2. klik 'Redeem at iTunes', and dia akan bukak iTunes. pilih utk register akaun baru.
3. sementara tu korang pegi website ni http://www.switchboard.com/ (website utk carik company2 kt US) dan taip la business name tu apa2 je bisnes yg korang ske (cth Photography, Website). tujuannya utk korang dapatkan alamat n no phone yg valid kt US. Ye la, korang tu orang malaysia sejati, mana la tau cmna format no tipon kt US ngan alamat diaorang.
4. pilih satu company kt situ utk dptkan alamat ngan no tipon ofis diaorang utk diisi kt borang registration kt iTunes tu.
5. Klu korang perasan kt registration form tu xsama cm registration form yg biasa, sbb kt borang ni utk bahagian credit card ada pilihan 'none'.
6. Isi smpai abis, klik continue, dan tahniah! anda telah memiliki akaun iTunes dan boleh download album artwork tu sekarang
7. Bukak preferences dan klik 'Automatically download missing album artwork', or korang leh pilih mana2 lagu inggeris korang nk, right click dan pilih 'Get album artwork'.


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
better la letak no kredit kad klu korang nk download dr iTunes and menyokong usaha kerajaan membenteras cetak rompak yg sedang berleluasa di masakini. Korang kan warganegara Malaysia!

passion's satisfaction

antara gmbar2 terkini yg tuanku amik


Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

tuanku baru je balik dari hotel kt kajang, tempat parents and sibling beliau bercuti. balik2 beliau trus bukak email. and guess what? satu email telah menarik perhatian tuan ku.

tuan ku telah dapat satu email dari seseorang, and dlm email tu dia kta dia interested nk dptkan few gmbar2 tuan ku utk dijadikan kalender tahun 2008. :) ni kali kedua tuan ku dpt tawaran cmni

wpun blum confirm, but still Alhamdulillah sbb at least tuan ku tahu gmbar2 beliau ada kualiti, wpun tuan ku pun masih muda dlm bidang ni. mgkin bkn la terlalu hebat, tp Alhamdulillah. still it's passion's satifaction.


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil: ada pengajaran ke? hmm... bak kata ejoy, usaha-daya-cita-tawakal. Ingat Allah, Allah ingat kita, wpun kita lupa (tuan ku pun bkn baik orgnya)

sape hero anda?

salah sorang hero tuan ku


xde semalam, xde harini. xde harini, xde esk.
bermakna sejarah penting dalam mencorakkan kehidupan kita di dunia ni.
persekitaran, rakan sepergaulan adalah antara faktor menjadikan kita adalah kita.

hero anda masa kecik juga penyumbang utama yg menjadikan diri anda adalah anda hari ini.
persoalannya, tahukah anda siapa hero anda? hormat kah anda kepada hero anda? apakah bentuk penghargaan yg anda telah berikan sbg tanda terima kasih kepadanya kerana menjadikan anda adalah anda?

renung renungkan.. dan selamat beramal (baca dengan intonasi pakar motivasi kt radio :P)

petunjuk - antara hero2 zaman awal 90an: kamen rider black, cybercop gaban, ultraman ace, power rangers, flashman, maskman

kolej canselor, aku dan dia

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

arini, lps abis kelas ccna tuan ku mkn mlm dgn aweknya di cafe kolej canselor (kc). so apa beza ngan mkn2 mlm yg lain? well, to start the story, tuan ku masa muda2 dulu (masa memula couple), kt situ la dia dating. setiap malam, 8-12mlm. gile betul tuan ku tu.

so arinini adalah antara ari2 terakhir tuan ku kt upm. so waktu mkn tu byk mengimbau kenangan lalu. tuan ku sendiri tergelak, smbil berkata "gile betul la kita dulu2 kan..." :P byk kenangan kt kc tu.. sbb mkn situ la, awek tuan ku penah kena kejar mak guard, sbb mkn situ la jugak la tuan ku kena buang kolej dulu (rasanya la).

well, nmpknya detik2 tu dh pun berakhir. hmpir 5 tahun dh berlalu. mb kematangan membezakan kita harini dan kita semalam. lepas ni bermula la jalan cerita baru, bila tidak lagi berada di dunia kampus.


pengajaran yg boleh diambil: klu sesape yg ada duk kt kampus lagi tu, gunakan la peluang n masa yg ada, sbb masa tu xkan berulang lagi...

ccna for cisco certified network associate

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

tuan ku baru saje blk dr kursus CCNA (Cisco Certified Network Associate). so beliau terpaksa pause kerja beliau selama 3 minggu. tiga hari dah berlalu. dan dua hari pertama dipenuhi dengan aktiviti softskill jer (erk, softskill lagi)... tadi br tuan ku start masuk lab.

akhirnya tuanku berpeluang jugak utk pasang kabel ethernet sendiri, hehe. dia mengidam lama dh cuma xde org nk ajar n xde tools. sepanjang hari td full with teori. dh lama tinggalkan bidang network, tuan ku rasa seronok plak blajar dari zero blk. dan yg best skali dpt buku ccna free of charge.

klu tuan ku cukup terror dpt le dia cert tu nanti. gudlark tuan ku


pengajaran yg boleh diperolehi: beli kabel rj45 tu kt kedai lagi senang, xpayah nk pk susunan wayar tu

Kaedah terkini 'memanjangkan umur' lelaki

Bayaran pertama utk gambar tuan ku

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak bayaran utk gmbar tuan ku. Bagi yang tak tau, tuan ku telah berjaya menjual gmbarnya kepada advertising company beberapa minggu yang lepas, wpun baru mendapat bayarannya hari ini. lambat btul nk maybank clear cheque diaorang, dekat seminggu gak baru clear. maybank kol tuan aku, suh beliau fax dokumen utk clear kan. mana la tuan aku nk cari mesin faks! seminggu tggu company tu buat payment, seminggu tunggu maybank process, seminggu baru clearkan.

gmbar apa? gmbar masa hari raya. actually gmbar tu utk family collection je, tp dh ada company nk beli so tuan ku jual je la. gmbar sepupu tuan ku tgh salam emaknya memohon ampun dan maaf. gmbar tu pada tuan ku xlawa pun, but since dah ada orang nk, tuan ku pun xlepaskan peluang yg ada. yg penting, keluarkan model release!

akhir kata, tahniah utk tuan ku!

Pengajaran: Usaha tangga kejayaan, gagal sekali xbermakna gagal selamanya

Mengorak langkah baru

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

Ini adalah update utk beberapa minggu lalu. Tuanku telah pergi ke PWTC semasa perhimpunan agung UMNO. bkn sbb tuan ku jadi penyokong UMNO atau pengintip pembangkang di sana (juga bukan buat keje part time sapu sampah kt sana). Tuan ku pergi atas tugasan dan tanggungjawab yg diberikan oleh majikan beliau, utk jaga booth TEKUN Nasional di tapak MCED. Minggu tu ialah pelancaran sistem yg dibangunkan oleh tuan ku (TEKUN Financial Application System). jadi tuan ku perlu berada di sana utk backup jika ada apa2 yg berlaku semasa sistem digunakan.

Tuan ku juga telah mendaftar sebuah company, memandangkan berada sebelah je dengan SSM. Nama company "Maya Lestari". Utk ICT solution spt pembangunan software, web & mobile application. Didaftarkan sebagai milikan bersama bersama rakan tuan ku. Takde apa2 corporate identity lagi setakat ni sbb tuan ku sibuk. Di daftarkan bagi menyelesaikan masalah yg xdapat diselesaikan di company lama (*salah satunya sbb nama tuan ku xde kt lesen perniagaan, tp byk lagi sbb lain)

Perjuangan telah berakhir dengan baik

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

hari ni dengan secara rasminya tuan ku menamatkan pengajiannya di upm. dan dengan itu, tamatlah perjuangan tuan ku menuntut ilmu secara formal dan berterusan yang telah berlangsung selama 17 tahun. satu perasaan yg tidak tergambar. perjuangan yang memenatkan, tetapi berbaloi!

tuan ku merasakan, tiba masanya untuk beliau berehat sementara dari perjuangan tersebut dan mula mencorakkan masa depan beliau yg tidak diketahui bagaimana akhirnya. lagipun tuan ku merasakan beliau sudah lewat untuk membuktikan sesuatu kepada masyarakat. tiba masanya tuan ku mengejar kembali masa-masa yg dikorbankan.

pagi tadi, tuan ku buat buat presentation final year projek (FYP). sebab itu lah, tuan ku sibuk yang teramat sangat kerana menyiapkan projek tersebut. Menyiapkan FYP utk tempoh beberapa minggu lepas adalah priority no 1, sehingga tuan ku mengabaikan jadual pemakanan, tidur serta rutin hariannya. Semua itu adalah pengorbanan yang berbaloi utk hari ini!

Pengajaran yang boleh diambil: Pencarian ilmu itu tidak akan berhenti selagi manusia tidak mati. Samada formal atau pun tidak. Ikhlas lah dalam pencarian ilmu, Insyaallah anda akan memperolehi keberkatan

Peperiksaan? apa tu? xpernah dengar pun...

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

dah seminggu lebih xde cerita psl tuan ku... bkn aku nk salah kan tuan ku, tapi tuan ku mmg terlebih bz, sehingga pertengahan bulan 11 ni. Walau bagaimanapun, tuan ku dapat juga meluangkan masa hari ni, sbb harini merupakan hari terakhir tuan ku mengambil peperiksaan di universiti (itu pun kalau beliau tidak berhajat utk sambung belajar lagi). Untuk itu, tuan ku berasa sangat bebas :P

Minggu depan tuan ku akan ke Mesyuarat Agung UMNO di PWTC selama 5 hari... aneh? kenapa tuan ku nk ke sana? setahu aku tuan ku kurang berminat dengan politik... hmm... tunggu laporannya, yang mungkin hanya akan dipost selepas pertengahan bulan ini.