Belajar SLR: Exposure dan Histogram

Assalamualaikum... bagi menepati janji2 manisku dulu maka harini kita sambung cite pasal slr topik exposure. exposure secara generalnya ada 3 kategori:

  • Under Exposure
  • Correct Exposure
  • Over Exposure

dalam bahasa mudahnya, exposure adalah kadar 'keterang-an' gambar yang diambil. Correct exposure adalah kadar keterang-an yang normal... so soalannya, cmna nk tau exposure gambar tu normal ke x? sbb melihat kadar keterang-an gambar melalui komputer adalah tertakluk kepada jenis monitor, setting monitor dan graphic card.

So, teknik sbnr nk tengok exposure adalah melalui graf histogram. pernah tgk graf ni kt kamera or photo editor?

point di hujung sebelah kiri adalah kawasan gelap atau kawasan warna hitam. tengah pula adalah kelabu dan kanan adalah putih (juga dikenali sbg highlight). cmna nk baca graf ni? sekiranya graf gambar tersebut banyak berada di sebelah kiri, bermakna gambar tersebut terlalu gelap (under exposure). sekiranya graf tersebut banyak berada di sebelah kanan, maksudnya gambar tersebut terlalu terang (over exposure). hanya jika histogram gmbar tersebut seimbang kiri dan kanan, barulah gambar tu dikira correct exposure.

under expose
over expose
correct expose

secara teknikalnya, kamera semasa mengambil gambar akan mencari warna yang paling putih dalam frame, dan menganggapnya sbgai warna kelabu. sbb tu lah kita slalu kene ubah exposure kita kt software editor. walau bagaimanapun, utk mengelakkan perlu edit exposure utk sume gambar, tuan puan boleh ubah 'exposure compensation' di slr tuan puan yg mahal tu. -sila baca manual. org putih kate 'RTFM'.

so skang sy nk cite kaitan exposure dgn shutter speed, aperture dan iso. ketiga-tiga element ni saling berkait untuk menghasilkan satu exposure, dan memerlukan kebijaksanaan tuan puan untuk membuat pemilihan, bergantung kepada situasi, masa, dan keadaan.

  1. Lebih perlahan shutter speed, lebih terang exposure gambar
  2. Lebih besar aperture (kecil nilai f), lebih terang exposure gambar
  3. Lebih tinggi iso, lebih terang exposure gambar (lebih sensitif kepada cahaya)

saya ulang sekali lagi dalam bahasa sebaliknya:
  1. Lebih laju shutter, lebih gelap exposure gambar
  2. Lebih kecil aperture (besar nilai f), lebih gelap exposure gambar
  3. Lebih rendah iso, lebih gelap exposure gambar (kurang sensitif kepada cahaya)

bayangkan situasi berikut: waktu tengahari, tuan puan nk amik gambar movement.
utk amik gmbar movement disiang hari, tuan puan perlukan shutter yang lebih perlahan dari biasa... mb at least 1/60sec. tapi, memperlahankan shutter akan menjadikan gambar terlalu terang atau over expose. so, utk mengelakkan gambar over expose, tuan puan hendak atau tidak perlu merendahkan iso dan mengecilkan aperture ke tahap maksimum.

bayangkan situasi berikut: waktu malam, tuan puan nk amik gambar portrait.
utk amik gmbar portrait di waktu malam, tuan puan perlu memastikan shutter speed yg digunakan cukup pantas utk mengelakkan gambar subjek bergoyang. tp, mencepatkan shutter akan mengakibatkan gmbar gelap. tuan puan boleh memaksimumkan iso, tetapi memaksimumkan iso akan mengakibatkan noise yg tinggi. so apa yg tuan puan boleh buat ialah cuba besarkan aperture ke tahap maksimum, then baru try naikkan iso.

proses pemilihan shutter, aperture dan iso ni lebih kepada try n error, pengalaman dan eksperimen. dalam pembelajaran formal, pengiraan ketiga2 kombinasi ini boleh dilakukan menggunakan kaedah 'stop'... tp saye pun xfaham sgt sbb xpenah blajar secara formal, hehe...

penutup
saya slalu ingatkan diri saya bahawa seni itu subjektif dan tiada benar dan salah. ini termasuklah setting exposure sesuatu gambar. cthnya gambar2 dibawah ni... dr segi histogram dan exposure, kedua2nya bkn correct exposure tetapi masih boleh menjadi sebuah gambar yg cun! ;)

over expose
under expose
utk pengetahuan lanjut mengenai topik nih, boleh la check kt wikipedia... slamat mengeksperimenkan diri ;)

0 Response to "Belajar SLR: Exposure dan Histogram"