Jihad Ekonomi

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.



org selalu bising, isu pengangguran siswazah2. punca itu, punca ini, salahkan sana, salahkan sini. but actually pengangguran ni xwujud kalau semua siswazah berfikiran positif dan buat bisnes. i mean 'real business' dan bkn skim cpt kaya dll. lgpun itu salah satu caranya utk kita boleh bantu diri kita, keluarga, agama dan negara. xperlu nk berharap pd org lain sahaja, instead of cari kerja, beri kerja pd org lain.

dua minggu lepas tuan ku pegi 'Seminar Jihad Ekonomi & Keusahawanan' anjuran bersama team Datuk Maznah and Dr Nikki. Event berlangsung dari jam 8pg sehingga 6ptg. tuan ku ajak syam dan jal utk pg seminar ni dan kami bayar sendiri kos seminar. the best thing about bayar sendiri seminar ni ialah kita akan memanfaatkan sepenuhnya masa dan ilmu yang diberikan.




yes, pd tuan ku berniaga tu adalah jihad ekonomi. kelemahan umat islam sekarang ialah kegagalan untuk menguasai ekonomi dunia, sekaligus gagal utk menyebarkan Islam dan membawa dunia ke jalan yg benar. sedikit kisah yg diambil dr zaman Rasulullah SAW, yg didengari dari pelbagai sumber diceritakan disini.

sebelum kedatangan Rasullullah ke Madinah, Rasulullah telah terlebih dahulu menghantar beberapa org sahabanya utk 'ricky' keadaan Madinah dan berdakwah disana. Maka disana, sahabat rasul itu telah menceritakan mengenai agama Allah dan mengenai kerasulan baginda. Inilah yang kita panggil sebagai 'marketing' dalam istilah kita berniaga sekarang. dan apabila tiba masanya Rasulullah berhijrah, baginda disambut secara besar-besaran oleh penduduk Madinah kerana beliau telah 'famous' hasil marketing sahabat2 baginda. Maka mudahlah ilmu yg ingin dicurahkan oleh baginda diterima oleh masyarakat setempat. (sumber: Ustaz Kazim)

semasa awal pendudukan rasulullah di Madinah, ekonomi dikuasai oleh org kafir (xsure yahudi atau tidak). perigi-perigi air di Madinah semuanya dikuasai dan dipunyai oleh org kafir. umat islam perlu membeli air dari mereka. Rasulullah berfikir, sekiranya org kafir ingin sabotaj mereka dengan mudah sahaja boleh membunuh org islam dengan hanya menambah racun ke dalam minuman mereka. maka Rasulullah mahu melakukan perubahan kerana tau pentingnya ekonomi kepada umat islam. tambahan pula air adalah sumber asas dan keperluan manusia.

Apa yg menariknya ialah Rasulullah telah 'flip the table' dengan melakukan satu inovasi ekonomi di Madinah. Rasulullah telah mengarahkan umat Islam yg ada di Madinah ketika itu utk mengumpulkan duit dan membeli sebuah perigi air dari org kafir, xkira berapa mahal pun harganya. so umat Islam akan ada satu perigi air. bijak kan? no, xcukup bijak! sbb Rasulullah berfikir lebih jauh lagi, dgn bukan hanya membeli perigi air tersebut dari org kafir, tetapi juga memberikan air dari perigi tersebut secara percuma kepada semua penduduk madinah! brilliant! maka disebabkan itu, akhirnya semua org kafir menjualkan baki perigi yg ada kepada Rasulullah pada harga yang sangat rendah sbb dh xleh nk berniaga.

See, even Rasulullah pun tau kepentingan ekonomi dalam menyebarkan agama Islam. maka sbb itulah kita sebagai umat Islam perlu melakukan jihad ekonomi. tp bkn hanya utk kumpul duit dan kaya juta-juta sorang2. sbb Rasulullah kata duit yg kita simpan itu bkn duit kita. duit itu adalah duit waris-waris kita, sbb bila kita mati duit tu akan diberi pada anak cucu kita. sebaliknya duit yg dibelanjakan ke jalan Allah itulah sebenarnya duit kita kerana bila kita mati, amalan itulah yg akan menyelamatkan kita di alam akhirat kelak (pelaburan akhirat).



Tuan ku kata...
memula ingat nk cite psl cara pengurusan duit yg diajar dlm seminar tu, tp tertukar topik plak... sbb topik atas ni lg penting utk disebarkan... huhu.


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
banyak cara utk berjihad. bkn hanya dengan berperang. yg penting niat perlulah 'kerana Allah SWT'. kalau perang bkn kerana Allah pun bkn dipanggil jihad namanya.

0 Response to "Jihad Ekonomi"