Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.
hari ni bestday tuan ku yang ke 23... dh tua rupanya tuan ku ini. bersempena dengan itu tuan ku telah tidak pergi ke kerja arini. ktanya xde feel sbb terbangun lewat sgt. xpe la, sbb arini bestday dia so aku maafkan. kalau x mesti aku dh mengamuk dh kat dia suh pegi kerja.
tuan ku kata dia terharu sbb dpt byk wish dr kengkawan n family (banyak la dari hari2 biasa :P). dia kta xsangka ramai orang ingat bestday dia, wpun ramai lagi yg xingat. tp xpe la, biasa la tu... sbb kalau ramai sangat tau pun bahaya jugak. malam td pun tuan ku nyaris2 terperangkap di kolej. dia terus blk cpt2. kalau dia lmbt skit tu mesti dh kena simbah ngan air yang diperam ntah brape lama xtau.
apa-apa pun tahniah la tuan ku. ucapan utk tuan ku: semoga panjang umur, murah rezeki, and berbahagia selalu. lagi satu, jgn buat dosa byk2 sgt, tuhan marah!
22 Jun 2017 pada 11:02 PG
aku memandang komputer di depanku. maksudnya komputer ini. aku buat pertama kali terdetik di hati hendak berbicara dengan komputer ini. adakah komputer ini menyahut atau aku hanya melakukan kerja sia-sia. belum cuba belum tahu.
oh! aku bukan menulis ini untuk tatapan komputer ini tetapi untuk melihat adakah blog ini boleh berbicara atau dia tidak ada hati untuk menyahut.
oh! aku bukan menulis ini untuk tatapan aku.sebuah.blog tetapi untuk berkongsi isi hati dengan tuan aku.sebuah.blog kalau-kalau dia ingin menatapnya.
oh! bukan tangan ini yang gatal menulis dengan kehendaknya sendiri tetapi ini terjadi kerana aku inginkannya.
oh! kali terakhir. adakah apa yang tercatat ini tulisan kita, tulisan aku.punya.blog, tulisan komputer yang kita sama-sama pandang ini atau semuanya hak tuhan kita.
akhir kata, saya gembira mengalami peristiwa ini bersama-sama semua ciptaan tuhan. kepadanya saya berserah.