Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.
hari ini hari sabtu, bersamaan 24 ramadhan. malam semalam tuan ku telah tertidur senyenyak-nyenyaknya sebaik sahaja masuk waktu berbuka. tuan ku terjaga semula jam 5.30 pagi. mungkin tuan ku kepenatan kerana bangun terlalu awal pada hari sebelumnya.
dah hari ini, tuan ku terpaksa pergi ke kerja walaupun hari sabtu. tuan ku kini bekerja sebagai pengaturcara komputer yang sedang membangunkan sistem permohonan pinjaman tekun berasaskan web menggunakan coldfusion.
bercakap tentang kerjayanya, pagi ini tuan ku telah berjaya mengetahui bagaimana untuk membangunkan perisian 'games' utk mac, pc dan juga linux. tuan ku telah terjumpa 2 engine permainan yang dinamakan torque game builder (tgb) dan torque game engine advanced (tgea). tuan ku sangat gembira kerana ini adalah diantara pencariannya yg sudah begitu lama. tgb berfungsi untuk membangunkan permainan berbentuk 2d yang sangat cantik, menarik dan interaktif manakala tgea pula digunakan untuk membangunkan permainan 3d.
tuan ku telah cuba membuat permainan menggunakan tgb melalui tutorial pertama tetapi gagal. tetapi tuan ku yakin dan insyaallah boleh lakukan kerana mempunyai pengalaman dalam bidang pengaturcaraan.
aku doakan pencarian tuan ku berjaya. caiyookk
Restoran nasi beriani buluh penang & Niase Street Food, Ipoh
Sebulan yang lalu
22 Oktober 2007 pada 5:35 PTG
Hohoohoh...
Gambo lama tuh...
Intel 286? 5" FDD? Harddisk takde? CDrom takde? Sokoban, Burger King, Prince of persia?
Hahahaha...
22 Oktober 2007 pada 8:49 PTG
klu nk main game2 lama cmni lg, pg kt http://www.abandonia.com/ utk download. tp kena download dos emulator utk main :)