Pelaburan Saham, First Experience

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.



1 Rejab 1432H... tuan ku tiba di dataran maybank dengan semangat waja berbekalkan ilmu cetek dan semangat rakan-rakan yg sama 'pandai' dalam bidang ini... sehari sebelum, MSM Berhad membuka offer IPO. teringin nk beli, tapi belum buka CDS akaun. at first ingatkan CDS akaun utk beli IPO bole dibuka di cawangan Maybank yg besar, tp rupanya cuma dibuka di Maybank Investment Bank kt dataran maybank dan ipoh sahaja.

prospektus MSM Berhad

   
Keratan akhbar mengenai IPO MSM

tiba di dataran, trus cari signboard MIB... masuk dgn gaya cm dh biasa pegi tuan ku menuju ke kaunter pertanyaan. "Tumpang tanya, kt mana ye nk bukak CDS akaun?" tanya tuan ku. "Jalan trus ke depan, ada kaunter sblh kiri" balas receptionist tu.

Wow, mcm xpercaya je tuan ku akan ke tmpt cmni... dinding-dinding dari atas sehingga ke bawah dipenuhi papan elektronik pasaran saham semasa. org dari pelbagai kaum melepak sambil berbincang dan menyaksikan pasaran saham. tv terbuka dengan channel berita 24 jam dan pc-pc tersedia utk membeli dan menjual saham secara online. tuan ku ke kaunter tanpa membuang masa, nothing to expect.

Tuan ku: "Saya nk bukak CDS akaun..."
Staff: "Isi borang-borang nih... yg dpn ni utk trading akaun, yg dalam tu utk cds akaun"



lebey kurang 5-6 borang kene isi... tuan ku mengisi dengan tenang. terms-terms utk buka akaun cds dan trading dh distudy terlebey dahulu, supaya xrasa jahil sangat sesorang. terkenang bulan lepas masa tuan ku sembang2 kosong dgn kwnnya amin (bkn nama sebenar).

Tuan ku: "Jom amin, kita men saham... kita kan org kaye"
Amin: "Jom! kita beli saham TM..."

cakap begitu mudah spt membeli keropok lekor tepi jalan, tapi dua2 pun xtau pape psl saham. sembang kosong terhenti disitu. minggu lepas, tuan ku terjumpa website psl saham utk dummies dan share pd amin. tp sbb beliau bizi, tuan ku sembang kosong pulak dengan wan (juga bukan nama sebenar)

Tuan ku: "Jom wan, kita men saham..."
Wan: "Jommmmm...!"

suka betul tuan ku dengan rakan2 yg berfikiran positif. dan disebabkan semangat cmni la, tuan ku boleh berada di dataran maybank harini... borang dh abis diisi dan diserahkan kt kaunter. staff tu suh pegi maybank kt bangunan sebelah utk pengesahan akaun bank. salinan IC dibuat dan bayaran RM10 dilakukan.

Staff: "Okey, akaun CDS dh bukak and dh bole gune... tinggal trading akaun je lagi... ada kenal mana2 remiser kt sini?"
Tuan ku: "Xde"
Staff: "Xpe, nih remiser yg akan guide... dia akan kol awak nnti"
Tuan ku: "So, saya perlu datang sini lg ke pasni?"
Staff: "Xperlu"

Selepas sejam, selesai sudah pembukaan akaun CDS tuan ku yg pertama. tidak jauh dari kaunter tertulis "New IPO"... tuan ku pegi dan ternampak Prospectus MSM Malaysia Berhad yg setebal buku teks sekolah menengah. Tuan ku amik satu utk study. ptg tu, tuan ku pun beli 100 unit IPO MSM yg bernilai RM3.38 setiap satu.


   
pembelian secara online   borang pembelian secara offline


Tuan ku kata...
  • Alhamdulillah, langkah pertama dari seribu langkah berjaya dilakukan... ianya pengalaman yg sangat berharga :)
  • xkisah sangat kalau xuntung utk first time nih, sbb mgkin itu adalah nilai kos utk sesi pembelajaran pertama... rezeki tu Allah yg bagi...
  • melabur tanpa ilmu dipanggil berjudi
  • portfolio investment bertambah ;) Amanah Saham, Perniagaa, Hartanah, Emas, Dirham, Syer dan Saham


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri