Different side of the world

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku tuan blog. aku tuan blog. aku tuan blog.



tujuan post kali ni dibuat bkn utk bgtau korang apa yg aku yg aku buat... tp utk bagitau korang apa yg korang boleh buat, and berharap korang akan buat slps aku cerita. in fact, aku pun dalam dilema untuk menulis post ni atau tidak. tp dengan niat berkongsi, aku cerita gak la...

------

it is only few days before i was invited by Wan Nazirul to join him. Since I'm currently a lone ranger, so i follow him. and this is my experience so you will know that there's still a different side of the world... and you can invited to join too...


Lebey kurang pukul 9.30 mlm, kitaorg bjmpa kt masjid sri petaling. pool the car dan menuju ke masjid wilayah. niat kami, utk beriktikaf di masjid pada malam ke 21 Ramadhan.

bgambar macam pegi mekah la plak


Pukul 10 cmtu, kami sampai di destinasi. masih ramai org pergi terawih, tidak seperti masjid2 lain yang bilangan jemaahnya sudah berkurangan. kelihatan dari jauh kanak2 sibuk mengambil moreh. juadah bubur disediakan. dengan berbekalkan beg kecil berisi tuala, baju persalinan, air mineral dan berus gigi... aku dan wan masuk ke dalam masjid. berperasaan seperti seorang musafir.



mencari tempat menunggu sementara menanti jemaah terawih keluar, kami lepak di luar ruang utama masjid. suasana meriah sekali dengan kanak2 bermain. suasana kemeriahan xubah seperti disiang hari. malah ada 'komuniti' yg mengambil kesempatan melakukan perbincangan diluar masjid, topik apa tidak pasti.



sebaik sahaja jemaah terawih beransur keluar, kami masuk ke dalam masjid... mencari port yg sesuai untuk duduk, melakukan perbincangan keagamaan dan mengaji. selesai solat tahiyatul masjid, kami lihat ramai kumpulan2 kecil duduk bersama. ayah mengajar anak2 mengaji dan ada yg bertadarus tanpa mengenal bangsa. dihati sudah tentunya mereka bersaudara sesama islam.





aku rasa terharu dan bngga kerana masih ada lagi sebilangan kecil masyarakat islam di Malaysia yang bersungguh2 menyambut 10 malam terakhir ramadhan, mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan. bacaan al-quran berkumandang di ruangan utama masjid. firasatku mungkin beginilah perasaannya berada di masjidil haram, sedikit walaupun tidak sama.






hatiku tersentuh lagi. kalau td aku lihat kumpulan2 kecil tadi bilangannya 7-8 org, kenapa ditempat aku hanya kami berdua? mana pegi keluarga kami? sahabat2 kami? rakan-rakan kami? geng2 makan dan bergelak ketawa disiang hari? adakah mereka tidak tahu adanya tempat seperti ini, yg boleh membangkitkan semangat beribadah. kalau mereka tidak tahu, dh tentu memberitahu mereka itu menjadi tanggungjawab aku.




pukul 3 pagi... waktu yang sangat enak utk tidur. kalau selalu amat sukar utk bangun dan melakukan solat tahajud, kalini rasanya lebih mudah. bersemangat bila lihat semua org bangkit ditengah pagi mengambil wuduk dan melakukan qiamulail. hati ini sekali lagi berkata, aku mesti mengajak rakan-rakanku ke sini...



suasana pada jam 3 pagi


selesai subuh, kami berkemas utk pulang ke rumah masing-masing. mungkin iktikaf kami tidak panjang, tidak sampai pun satu hari... sepuluh hari jauh sekali. tapi ianya satu pengalaman yang menarik, mungkin akan lebih menarik bila pergi lebih ramai. aku berharap, ramadhan tahun depan kami dapat kesini lagi. dengan bilangan yang lebih dari dua orang, tiga setidak-tidaknya.



bersahur di masjid


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
- you'll never know, until you experienced it
- mari mengejar lailatulqadar

5 Response to "Different side of the world"