Memaparkan catatan dengan label projek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek. Papar semua catatan

Jom Wayang!

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


byk btul projek tuan ku buat.. xde keje pun nk carik gak... nk buat cmna, beliau seorang yg terlebey rajin *padahal byk lagi keje lain yg xsiap, huhu


orait, next project is Jom Wayang. Currently masih lagi kt stage development so klu leh nk korang2 readers aku.sebuah.blog leh bg pendapat komen, idea dsbnya. klu nk tlg iklan or berminat utk contribute pun sgt2 dialukan.. cuma xde la tuan ku leh byr upah sbb dia pun pokai... huhu.

ini adalah sebuah projek 'group C4-18' yg terdiri dari tuan ku, jaynal and fizi. terfikir dlm tempoh beberapa minit yg singkat dan trus melaksanakannya... sbbnya ada org penah ckp kt tuan ku, kdg2 kte kena bykkan bertindak dari berfikir... but of course la still kene berfikir.

nway, sme2 la kte doakan projek tuan ku kali ni sukses sukses sukses! Jom Wayang!

Tuan ku kata...
sila layari http://www.jomwayang.com

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
ramai org pikir tgk wayang tu perbuatan lagho... mmg betul. tp itu klu kta xdpt pape ilmu dr menonton wayang tu.. sbb kdg2 kte dpt blaja vocab baru, tech baru, or idea baru ;)

Perjuangan telah berakhir dengan baik

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

hari ni dengan secara rasminya tuan ku menamatkan pengajiannya di upm. dan dengan itu, tamatlah perjuangan tuan ku menuntut ilmu secara formal dan berterusan yang telah berlangsung selama 17 tahun. satu perasaan yg tidak tergambar. perjuangan yang memenatkan, tetapi berbaloi!

tuan ku merasakan, tiba masanya untuk beliau berehat sementara dari perjuangan tersebut dan mula mencorakkan masa depan beliau yg tidak diketahui bagaimana akhirnya. lagipun tuan ku merasakan beliau sudah lewat untuk membuktikan sesuatu kepada masyarakat. tiba masanya tuan ku mengejar kembali masa-masa yg dikorbankan.

pagi tadi, tuan ku buat buat presentation final year projek (FYP). sebab itu lah, tuan ku sibuk yang teramat sangat kerana menyiapkan projek tersebut. Menyiapkan FYP utk tempoh beberapa minggu lepas adalah priority no 1, sehingga tuan ku mengabaikan jadual pemakanan, tidur serta rutin hariannya. Semua itu adalah pengorbanan yang berbaloi utk hari ini!

Pengajaran yang boleh diambil: Pencarian ilmu itu tidak akan berhenti selagi manusia tidak mati. Samada formal atau pun tidak. Ikhlas lah dalam pencarian ilmu, Insyaallah anda akan memperolehi keberkatan