Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Lemang

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


lme dh rasanya xupload gmbo ke blog ni... this is story of raya. raya 2010.

tuan ku bertuah kerana masih ada kampung utk blk beraya. masih berpeluang utk merasai perasaan balik raya.rasa jem, rasa gmbira smpai kg, rasa gembira jmpa sanak saudara... peluang yg xramai org sekarang dapat... dan xtentu lagi anak2 kita dapat.

satu lagi yg org lain mb xdpt ialah xtiviti membakar lemang...

Lemang

Pakcik Abu (nama sebenar) adalah pakcik tuan ku. Pakcik Abu merupakan pakar membakar lemang, kerana pengalamannya membakar lemang yg sudah lebey 5 taun raya...

Lemang

slalu kita pegi gerai tepi2 jalan ingin membeli lemang, lalu berkata "Mahalnya pokcik!"... klu korang ckp cmtu aku cadangkan korang pogi la buat sendiri lomang2 tu... susah beb... rse cm xberbaloi pun ada.

sebulan sebelum rayer, korang kene masuk hutan cari buloh lomang... buloh lomang xsamo dgn buloh meriam mahupun buluh sumpit. so mencarik la korang sebulan tu nk dptkan buloh lomang yg dh pupus masakini.

Lemang

selain dari menyiapkan bahan2 membuat lomang, korang jugak kne siapkan bahan2 nk buat rendang... yela, xkan lemang nk cicah ngan susu f&n plak... xponah dibuek orang. so, rendang pun korang kne buat...

pastu, pg or ptg sblm korang bakar lemang tu... korang kne buat unggun api dulu nk bakar lemang... kalau gne dapur gas xoriginal la kan... klu nasib korang baik, time korang nk bakar tu xujan... klu ujan, xmakan lomang la korang taun ni.

Lemang

mse masak lemang tu, korang kene slalu golek2 kan dia supaya xhangit... pastu kene check slalu dh masak ke belum. bkn itu saje... korang jugak kene slalu control api supaya xterlalu panas... klu cpt sgt masak nnti santan x naik n xde la pulot lembik di hujung buluh yg menjadi kegemaran ramai tu.

Lemang

xtiviti bakar lemang mmg penat, n highly suggest buat malam sbb panas oooo buat lemang ni... n jaminan utk lemang tu jadi adalah rendah klu korang seorang amateur... tp klu xmula dari amateur, bila nk jd pro kan? ;)

Lemang

berikut adalah bahan-bahan membakar lemang seperti yg terdapat di dlm wikipedia. xsmpat pulak tnya pakcik abu ape bahan2 beliau:
  • 1 kg beras pulut
  • 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  • Garam secukup rasa.
  • buloh
  • daun pisang
Cara penyediaan
  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

Tuan ku kata...
jd photographer lg mudah dr jadi pembakar lemang

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
kekalkan tradisi yg baik... tradisi balik kg, tradisi buat ketupat, tradisi mkn lemang :P

tolong.. pencuri, pencuri!!!

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


tetiba dapat panggilan dari mak tuan ku... "Ada salinan surat beranak x?". tuan ku terfikir sejenak... xtau ade ke x.. tp yg pasti yg original ada kt rumah di penang. "Erm, xsure ar... xde kot. apsl?" tanya tuan ku.. "Umah kite kena masuk pencuri!"

xsangka ada jugak org nk mencuri waktu org beraya. tingat kt iklan tv3 yg ni:



actually bfore balik beraya mak tuan ku dh report kt polis bgtau xde kt umah seminggu, dgn harapan polis meronda la rumah tlg tgk2 rumah... tp cm xde beza je report ngan xreport... byk gak la barang ilang, tp sume brg yg kecik2... antaranya collection jam ayah tuan ku yg rasenya bernilai >10k, dvd player br, duit2 luar negara, barangan mengandam (mak tuan ku x-mak andam), hp buruk, briefcase document berisi surat beranak, sijil simpanan premium dan dll

Tuan ku kata...
wahhh, nampaknya dpt surat beranak baru ni... baru je cite psl surat beranak aritu...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
bak kte iklan tv kt atas tu... baru abis puasa, jangan tambah dosa...

raye dh abiss le...

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


tuan ku telah kembali menulis blog menandakan musim perayaan telah pun berakhir dan marilah kembali ke alam nyata.. arini cuma menulis laporan sepanjang ketiadaan sejak seminggu lepas:

Fire in the bottle

ini berita hari raya yg berlangsung spt biasa. harga bungapi dan mercun telah meningkat secara mendadak, maka berlaku pengurangan belian. mgkin ini berlaku kerana kerajaan tidak meletakkan harga siling bahan api tersebut. mujurlah bekalan baki stok tahun lepas mampu menampung keperluan hari raya tahun ini.

Lemang

terdapat 2 meriam tanah telah dibuat tetapi tidak diletupkan kerana pemilik meriam tersebut xde... hanya lemang shj yg dibakar spt biasa

Salam 3

hasil kutipan duit raya juga telah berkurangan secara mendadak mengakibatkan ekonomi tidak stabil. lebihan perbelanjaan juga terpaksa dibuat sbg cukai pendapatan tahunan. lebihan perbelanjaan ini yg lebih dikenali sbg duit raya bagaimanapun diseimbangkan hasil ketiadaan ramai sanak saudara pd tahun ini

sebuah kek telah dibeli bagi menyambut bestday tuan ku yg jatuh pd hari raya. mkn pizza bersama keluarga juga telah berlangsung pd hari ini. biarpun tiada hadiah diterima, ribuan terima kasih diucapkan. walau bagaimanapun tiada gmbar direkodkan dlm kamera tuan ku.

sekian sahaja berita pd kali ini

Tuan ku kata...
raya tahun ni xde perasaan...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
pulanglah ke kampung untuk berhari raya kerana kepulangan anda sgt bermakna... begitu juga dgn duit raya anda -sgt bermakna!