Memaparkan catatan dengan label surat khabar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surat khabar. Papar semua catatan

Oh crap...

Assalamualaikum... salam pembuka bicara

aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

ni cerita semalam... masa tuan ku nk balik dr ofis...

tinggg.... pintu lif tebukak... tuan ku pun masuk ke dalam lif... dlm lif ada seorang wanita, yang sedang memegang beberapa naskah surat kabar, sehingga nk terjatuh surat kabar2 tu... dgn niat utk bersifat ramah, maka tuan ku pun menegur wanita tu..

Tuan ku: banyak surat kabar kak...
Kakak tu: hmmm... (dgn nada spt nk marah...)
Tuan ku (dlm hati): mak aih, sombongnya akak ni... blum penah lagi aku jmpa pembantu tadbir sombong cam ni... biasa peramah jer yg aku jmpa

Tinggg.... pintu lif tebukak kembali, menandakan kami sudah sampai basement. oleh sbb masih berniah utk to be a nice guy, maka tuan ku pun biarkan la wanita tu kuar lif dulu...

dgn tangan terkial2 wanita tu bukak pintu utk ke parking lot. niat utk membantu dh xde, sbb teguran pun xberjawab. tuan ku just follow blakang dia. sebaik sahaja kami berada di parking lot tetiba2...

"tit tottt"... nmpak kereta di baris depan sekali terbukak. tuan ku tgk tangan wanita tu, dan melihat tangannya memegang remote kete...

Oh crap!!!

Tuan ku kata...
- patut la akak tu xjawab teguran aku... rupa2nya dia adalah timbalan pengarah di salah satu bahagian di tmpat keje aku. and aku tegur dia dgn panggilan yg salah!
- mne la aku tau... based on dressing dia + cara dia pegang sokkabo, mcm pembantu tadbir jer...
- apsl dia xnaik lif VIP jerk? apsl nk naik lif org ramai sehingga bole menimbulkan kekeliruan
- satu lagi kes, ada mmber aku ni kt opis, slalu la bergelak ketawa ngan dia, kutuk mengutuk sesama kami... bersama2 kutuk 'cmpany' kami... skali dia anak salah sorang tan sri kt 'cmpany' kami daaa.... baru tau smlm gak
- blog diupdate sbb mat joe bising aku xupdate... haha :P

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
- first impression always not right...
- tp adakah kesilapan org memangil nama gelaran kita mengakibatkan kita xboleh peramah atau perlu sombong? i prefer to be low profile. nama gelaran is nothing to me

Muda, gebu, solo!

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


belum pernah lagi dlm sejarah rumah tuan ku, sekeping surat khabar tidak berjaya dijadikan alas makanan mahupun pembungkus nasi lemak... kecuali Kosmo bertarikh 12 Jun 2008 yg masih lagi elok dalaman dan luarannya. Kalau xde kt depan, ada kt bilik. kalau xde kt bilik, sure kt depan. Itulah dia penangan "Muda, Gebu, Solo"!


Muda, Gebu, Solo

Hanya kerana title tersebut dan gambar bersaiz besar ala2 gebu dan manje heroin filem I'm Not Single di halaman 35, 36 dan 37, semua hero-hero dalam rumah tu tidak mampu memindahkan akhbar tersebut ke dalam stor, apatah lagi membuangnya (tuan ku: aku saje je biarkan kt situ). Meskipun penghuni rumah tersebut tidak pernah membeli surat khabar lagi (tuan ku: kami baca online k!), tetapi tidak sepatutnya sokkabo yg sudah berusia lebih sebulan dibiarkan berlegar-legar di ruang tamu.

Sedikit info mengenai pelakon tersebut, Lisa Surihani yg baru berusia 22 tahun merupakan graduan lulusan Universiti Aberystwyth, Wales dalam jurusan undang-undang. pernah menjadi model iklan Maggi, Maxis dan Rexona, beliau juga merupakan pengacara X-Fresh TV, Whoa! (NTV7) dan X-presi (sume ni aku copy jer dari artikel kt sokkabo tu).

Setakat ini, tiada gambar2 dan video2 biru maklumat lanjut pelakon tersebut ditemui :P

Muda Gebu Solo

Belum ada teman istimewa

Tuanku kata...
- mampuih aku nk kena pujuk awek pasni :P

- ni la kali pertama aku mengulas kenyataan akhbar dlm blog
- bak kata hizami, "ni kalau aku ske pun ziti xmarah ni" :P

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
- yg lama xsemestinya buruk.
- xkenal maka xcinta
- kalau xdipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya
- berkawan biar seribu, bercinta biar satu
- surat khabar boleh dijadikan pembungkus nasi lemak dan timbang kilo