Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.
hari ni dengan secara rasminya tuan ku menamatkan pengajiannya di upm. dan dengan itu, tamatlah perjuangan tuan ku menuntut ilmu secara formal dan berterusan yang telah berlangsung selama 17 tahun. satu perasaan yg tidak tergambar. perjuangan yang memenatkan, tetapi berbaloi!
tuan ku merasakan, tiba masanya untuk beliau berehat sementara dari perjuangan tersebut dan mula mencorakkan masa depan beliau yg tidak diketahui bagaimana akhirnya. lagipun tuan ku merasakan beliau sudah lewat untuk membuktikan sesuatu kepada masyarakat. tiba masanya tuan ku mengejar kembali masa-masa yg dikorbankan.
pagi tadi, tuan ku buat buat presentation final year projek (FYP). sebab itu lah, tuan ku sibuk yang teramat sangat kerana menyiapkan projek tersebut. Menyiapkan FYP utk tempoh beberapa minggu lepas adalah priority no 1, sehingga tuan ku mengabaikan jadual pemakanan, tidur serta rutin hariannya. Semua itu adalah pengorbanan yang berbaloi utk hari ini!
Pengajaran yang boleh diambil: Pencarian ilmu itu tidak akan berhenti selagi manusia tidak mati. Samada formal atau pun tidak. Ikhlas lah dalam pencarian ilmu, Insyaallah anda akan memperolehi keberkatan
Restoran nasi beriani buluh penang & Niase Street Food, Ipoh
Sebulan yang lalu
0 Response to "Perjuangan telah berakhir dengan baik"
Catat Ulasan