Banjir di Tingkat 4

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


pernah anda membayangkan banjir akan berlaku di tingkat 4 mana-mana apartment?
aku pun xpernah rasa ianya logik, sbb klu tingkat 4 banjir means almost satu bandar tenggelam...
tp itulah yg terjadi lebih kurang sejam lepas di bilik tuan ku, dan menjadi punca utama mengapa tuan ku xtidur lagi biarpun terlalu penat (baca post bfore ni). BANJIR.

Peratusan akibat banjir tersebut, serta peratusan recovery adalah seperti berikut:

  1. Carpet: 80% terjejas | 100% recovery (belum dilaksanakan)
  2. Pakaian: 70% terjejas | 80% recovery (belum dilaksanakan)
  3. Lantai: 60% terjejas | 100% recovery
  4. Tilam: 60% terjejas | 90% recovery
  5. Sijil & Dokumen penting: 70% terjejas | 80% recovery
  6. Buku Bank: 50% terjejas | 80% recovery
  7. Fail, Dokumen, dan rekod bil: 100% terjejas | 60% recovery
  8. Album gambar awek: 70% terjejas | 70% recovery (kena beli album baru)
  9. Koleksi surat2 awek dr tahun 2003: 80% terjejas | 70% recovery
  10. Beg Kamera & Peralatannya: 5% terjejas | 100% recovery
Muskil bagaimana boleh banjir? semua ini adalah diakibatkan oleh saluran air keluar dr mesin basuh yg tidak semena terhala ke dalam bilik, dan tidak disedari. Semasa tuan ku perasan, mesin basuh sudah pun hampir siap membasuh.. aduhhh


lokasi mesin basuh di bilik tuan ku yang telah membuat onar


dawai penggantung terpaksa dibina demi mengeringkan surat2 dari awek


semua gmbr & dekorasi terpaksa dikeluarkan dari album

Tuan ku seorang yg suka menjaga dan menyimpan kenangan (mengikut genetik bapanya :P). Surat2 beserta karya2 aweknya yg disimpan dan dijaga rapi sekian lama, akhirnya tidak disangka2 punah akibat bencana alam. Begitu juga dengan sijil2 tadika, UPSR, PMR, SPM beserta pelekat meja berwarna merah, sijil2 kepujian dekan, slip2 keputusan exam, surat berhenti sekolah, testimonial, slip pendaftaran MUET dan pelbagai lagi kenangan bersejarah sepanjang hidupnya menjadi mangsa keadaan.


sijil2 tuan ku yg basah n lunyai

Terfikir pula bila kejadian ini berlaku, apakah sebenarnya matlamat kita memperolehi sijil? kerana sijil2 ini boleh hilang/punah dlm sekelip mata sahaja. Nasib baik la sijil Diploma dulu dilaminate. Antara benda berharga lain yg rosak adalah seperti Glossy paper & kertas keras satu bundle dan album gambar. Banyak printed dokumen serta draft2 idea yg sangat2 bernilai juga rosak dalam kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun kos kerugian belum dapat dikenalpasti.

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
Regret? ada la skit. tapi benda ni takdir. mgkin berlaku sbb dosa2 aku gak. so kena byk bersabar je la. xpasal2 bilik aku n ruang tamu bersepah2 n aku kena tdo tmpat lain malam ni. tapi peristiwa ni buat aku rasa cam nk beli je almari besar2 kt IKEA or CAVENZI sekarang, letak sume dokumen2 aku tinggi2, n baju2 aku kt almari tu (almari skang ni kecik n dh penuh, so baju kena letak luar). Pengajaran: always expected the worst!

7 Response to "Banjir di Tingkat 4"

  1. wani ezryl * says:
    10 Mac 2008 3:01 PTG

    makdatokk mcm da kne langgar garuda! lolx :P
    tu la kalau sijil SPM tu hilang ke rosak ke susah je nk dpt balik. sbb sijil SPM dikeluarkan sekali je. so kalau hilang/rosak, bila apply balik boleh dpt mcm salinan je, bukn yg ori. eh nnti2 camne salur air mesin basuh tu boleh terhala dlm bilik? patut hala mn? tingkap ek? ahaha :P

    ::)

  2. s|t| Fa3zaH says:
    10 Mac 2008 7:35 PTG

    haha...
    banjir....

  3. BlankQo says:
    11 Mac 2008 12:31 PG

    wani -> tepi mesin basuh tu ada toilet la.. xkan nk curah suke ati je ke bawah melalui tingkap :P

    fa3zah -> cis, cis... ko gelark yerr...


    metaphor -> banjir di bilik ibarat 'banjir' yg melanda politik negara, haha

  4. bZz says:
    11 Mac 2008 9:47 PG

    Takpo...
    Tak lama rumah tu tuan yg lagi satu nak pindah dah. So tinggal la tuan yg lain. Mungkin tuan yg lain boleh ambik 'pembantu' yg boleh tolong pindah barang time banjir.

    Kesimpulan? Basuh baju pakai tangan menggunakan org gaji yg berhemah.

  5. wani ezryl * says:
    12 Mac 2008 11:02 PG

    haha yg curah ke tingkap tu cuma imaginasi kite sebagai seorg yg evil.. :P

  6. wani ezryl * says:
    12 Mac 2008 11:02 PG

    haha yg curah ke tingkap tu cuma imaginasi kite sebagai seorg yg evil.. :P

  7. wani ezryl * says:
    12 Mac 2008 11:03 PG

    apsal ada 2kali komen plak ni. ko del je la kalau rajin. kalau x pun xpe, meramaikan komen ahaha