not ur days

Sume orang kena UTurn balik

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


wat will u do, n wat do u think, if it is just now ur day... or maybe DAYS?

previous post, banjir
tonite post, pancit

setelah tergesa2 bersiap utk pg meeting jam 930 kerana lewat dgn client, tuan ku berlari menuruni anak tangga dari tingkat 4. "Sempat lagi nihh..." wpun waktu tu dh pukul 920, meeting tu kt KL, and confident mmg lmbt. sebaik sahaja smpai di tingkat 0, "Alamak, helmet tertinggal! patut rasa cm free hair jer"... tanpa memikirkan masa depan, tuan ku terpaksa naik balik tingkat 4 n amik helmet. Vroommmmm, memecut laju tasik selatan, amik bisnes partner beliau, and trus ke KL.

tup tap tup tap... meeting pun selesai. selepas itu tuan ku n 2 lagi bisnes partner minum2 pagi dulu smbil mengomel tentang situasi politik dan ekonomi malaysia dewasa ini. yg tu aku xnak cite psl cite berat... korang paham2 la yerk.

air pun dh abis, tuan ku pun kembali ke motornya utk balik ke opis. baru je nk gerak, "Argghhh, motor pancit!" sambil memicit2 hon memanggil partner tuan ku yg sudah pun bergerak di hadapan. "Uish, mana de kedai motor tengah KL... mana paling dekat Syam?". sambil menggaru2 kepala dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjaga kewibawaannya sbg org KL, dia pun berkata "Sini manade kedai motor. paling dekat kt Loke Yew rasanya, itupun mb kena u-turn kt roundabout".

perlahan2 tuan ku menaiki motornya, terjumpa stesen minyak. try isi angin, xmasuk. badan jer yg naik angin. "xpe la, kita redah jer. Syam, bape berat ko?" tanya tuan ku. "Empat puluh lapan" balas Syam yg berbadan kecil sambil tersipu2 malu.

"ko bwk ar motor ni" kata tuan ku. errr, ni ayat penyedap cerita dr aku... :P

xlama lepas tu kt roundabout Loke Yew, ada satu kedai motor. nasib baik xpayah u-turn. "mau tukar tayar ke? ini tayar sudah botak!" tanya apek kedai tu. "xmau, nnti la, lain kali. skarang ni xde duit". selepas di tukar tiub yg pancit, partner aku pun sponsor RM11 utk kos pembaikan.

Vrommmm... motor mula berdesing menandakan mat rempit kembali. tetapi tidak untuk selamanya... smpai jer kt roundabout cheras, motor pancit lagi skali. "alamakkk..." bisik tuan ku dalam hati sambil susur ke kiri before roundabout. Syam ngan partner lagi sorang dh masuk roundabout n kembali ke opis.

sambil menjenguk2 kedai2 di sekitar kawasan tu dan tanpa kredit di hp (lupa nk bgtau korang kredit RM100 tuan ku dh abis minggu lepas... terer kan tuan aku abiskan kredit :P). xde kedai motor kt situ. nmpaknya terpaksa redah lagi menaiki motor tanpa angin wpun sedar susah nk masuk roundabout tu... 

akhirnya tuan ku terpaksa mengambil risiko pegi ke Taman Connought sbb tau kt Tasik Selatan xde kedai motor, yg ada pun kt Sg Besi. smpai taman connought, kuarkan duit dari bank utk backup, beli air 100plus setin, dan topup maxis rm10. tanya org kt kedai maxis, mana kedai moto. dia kata kt area ni xde. yg ada kena masuk dlm skit. BP depan, masuk kiri, straight, then kt situ ada 2 kedai motor. tuan ku pun perlahan2 pegi ke sana.

terpaksa tukar tayar jugak akhirnya... tukar tayar, tukar tiub, kena rm65. Vrooommm... memecut kembali ke opis. sbb tension, smpai opis makan tengahari Beriani Gam kt kedai yg baru dibukak. xbest! mb sbb lauk dh xde kot sbb dh 3ptg.


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
ntah la... aku rasa aku ada buat silap or salah kot. terpikir2 aku sepanjang ari. ada nazar aku tak tunaikan ke? ada dosa aku buat ke (wpun mmg byk :P).
pengajaran: jaga hubungan korang ngan Allah & jaga hubungan sesama manusia. and jangan buat dosa, bertaubat la awal2. lagi satu, jgn cpt melenting bila diuji. renung2kan dan selamat beramal...

5 Response to "not ur days"

  1. bZz says:
    12 Mac 2008 5:54 PTG

    Ouhhh... tu kene beli kereta tu. Tak pun kene beli gilera sebijik. Lepas tu rumah beli mesin basuh front load, tv lcd 50"...

    Camne projek? Terus berjalan ka ngan selangor 'baru'?

  2. BlankQo says:
    12 Mac 2008 11:11 PTG

    nk beli benda2 tu kena tunggu projek untung 1juta :P

    tu ar, risau gak dalam suasana ekonomi & politik negara yg tidak stabil, ditambah kemerosotan mata bskl (mcm main saham la plak, hehe).

    risau agensi2 government dpt peruntukan skit pasni... dijangkakan payah gak ar nk dpt prjk... hmm...

    doa moga2 murah rezeki, huhu

  3. wani ezryl * says:
    13 Mac 2008 3:50 PTG

    sgguh hebat RM100 habis seminggu haha. kite ni nk abeskan 10ringgit sekali topup pun azab *pastu bile topup cdt bertmbh2. masuk contest kang, xpun pergi undi raja lawak astro.. ahahaaa*
    silakan kasi tips camne nk menghabiskan cdt :DD

  4. BlankQo says:
    13 Mac 2008 4:36 PTG

    tips menghabiskan kredit?
    1. Dapatkan bf/gf dengan kadar segera. nescaya kredit anda tidak akan pernah mencukupi.
    2. Jual kredit anda kepada rakan2 yang memerlukan!
    3. Telipon parents anda walaupun mereka berada di sebelah anda!
    4. Transfer kredit ko sebanyak mungkin kat aku secara percuma :))

  5. bZz says:
    14 Mac 2008 4:39 PTG

    013? tranfer kat 3094915... amat dihargai...