Home Made: Resepi Banana Split

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


arini, chef cikgu ina nk ajar cara-cara buat banana split...





ekceli, banana split nih sgt mudah utk dibuat... even bahan2nya pun bergantung kepada kreativiti pembuatnya, dan biasanya yg kt kedai tu lebih kepada hiasan dan susunan banana split tu... so bahan2 yang dinyatakan disini bukan semuanya wajib... dan tuan puan juga boleh tambah lagi bahan2 lain mengikut citarasa sendiri...



Bahan-bahan Utama
  • Pisang (wajib)
  • Ais Krim (wajib)
  • Coklat Cair / Cecair Sirap
Bahan-bahan tambahan
  • Wafer gulung
  • Kiwi
  • Buah Cherry
  • Koko Krunch
Bahan-bahan hiasan
  • Kacang - telah dikisar
  • Serbuk Milo
  • Coklat chip

Tuan puan adalah digalakkan untuk menyediakan dahulu bahan-bahan diatas, letakkannya diatas bekas / pinggan dan simpan dahulu ais krim di dalam peti sejuk. ini kerana ais krim (bergantung pd brand) cepat cair di suhu bilik... kalau bole pasang aircond mse buat nih lagi baik... tp dlm tutorial nih cikgu ina buat kt ruang tamu xde aircond pun...

1. Seperti diberitahu, sediakan dahulu bahan2... belah pisang kepada 2 bahagian. Untuk hiasan, hiris pisang kecil-kecil. kalau ada buah2 lain untuk hiasan seperti kiwi, hiris juga kecil-kecil.





2. Apabila bahan2 sudah disediakan, susun pisang yang telah dibelah dan letakkan di sebuah pinggan lain. susun dekorasi-dekorasi bahan2 tambahan yang perlu spt koko crunch, wafer gulung, buah kiwi dan buah cherry.




3. Setelah siap disusun, letakkan ais krim diatas pisang/bahan2 tersebut



4. Tuangkan cecair coklat tadi ke atas banana split... mungkin ada yang berminat dengan perisa lain bole try perasa sirap ;) cikgu ina guna brand Hershey's... harganya RM11 lebey... ada jugak yg kata brand TESCO pun not bad, harga RM10 lebey.

Untuk tujuan tutorial ini, cikgu ina telah buat dua versi... satu versi cantik, satu lagi versi sedap... so boleh la buat mana versi pun ;)




4. Akhir sekali taburkan saki baki hiasan seperti kekacang, coklat chip, serbuk milo.


5. Siapppp!




Tuan ku kata...
tetiba banyak pulak versi masakan kt blog nih...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
buat sndiri lg murah dan berbaloi2...

4 Response to "Home Made: Resepi Banana Split"

  1. KiUk says:
    4 April 2011 9:24 PTG

    nnt baby keluar mesti leh gantikan chef 1!!...


    *ada harapan tgk awit gemok!hahaha...

  2. BlankQo says:
    4 April 2011 9:31 PTG

    nnti baby keluar jadi chef 2... :P

    *sori la.. stakat makan pisang sebijik dua, harapan la nk tgk awit gemokk... hoho

  3. wani ezryl * says:
    5 April 2011 12:17 PTG

    wuah sedap nampak! nak sikit! ^^

  4. Misz Eila says:
    5 April 2011 2:58 PTG

    waaa..mknn lg..best3 =D