BBQ Setup, For Dummies

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


smlm tuan ku pegi rumah abg dia kt shah alam, buat simple gathering sbb family dia berpindah ke KL dari penang. so diaorg decided utk buat BBQ kecil2an, utk sme2 merapatkan silaturahim...



actually buat event BBQ bila ada gathering ni agak biasa la utk family tuan ku. so kt sini leh la share skit2 ilmu cara2 untuk setup BBQ atau berbeku...

1. Adalah digalakkan sebelum arang dibakar, taburkan dulu pasir ke bekas BBQ sebagai 'alas' kerana pasir boleh membantu mengekalkan suhu bekas BBQ. Setelah ditaburkan, ratakan pasir tersebut.




2. Seterusnya, pecahkan arang dan letakkan di dalam bekas BBQ tersebut.



3. Untuk memudahkan pembakaran, dapatkan fire starter di kedai runcit belakang rumah. bakar dan letakkan di bekas berbeku. Susun arang berbentuk piramid diatas starter tersebut.





4. Sementara menunggu, sapukan minyak ke atas 'grill' BBQ bagi mengurangkan lekatan makanan yg dibakar diatas grill



5. Apabila sebahagian arang sudah terbakar, tiup arang untuk mengeluarkan bara dan mempercepatkan lagi pembakaran arang. Tambah arang sekiranya perlu.




6. Sekiranya tuan-tuan penat meniup atau mengipas, dapatkan peralatan dibawah sebagai bantuan






7. Apabila banyak bara telah terhasil, tuan-tuan boleh meratakan / mengagihkan arang-2 tersebut ke seluruh ruang bekas BBQ.





8. Akhir sekali, letakkan grill yang telah disapu minyak ke bekas BBQ dan bolehlah start membakar ;)





Tuan ku kata...
dapatkan daun pisang dan bakar makanan (esp ikan) berserta daun pisang... terbaikk!

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
api masa kecil jadi kawan, dh besar jadi lawan

4 Response to "BBQ Setup, For Dummies"

  1. wani ezryl * says:
    3 April 2011 pada 4:20 PTG

    manakah gambar mknn yg telah siap? :P

  2. dhiera says:
    3 April 2011 pada 4:47 PTG

    yummy yummy..best ye~

  3. Author says:
    3 April 2011 pada 7:50 PTG

    maaf wani... aku tau ko ske gmbar mknan2 yg lazat, tp aku xshoot sbb perut telah berbunyi2 :P

    dhiera -> mmg besttt, hehe

  4. Author says:
    4 April 2011 pada 4:43 PTG

    manade ngelat... kreatif tuh! xP