Cara membuat Puding Caramel

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


ya puan-puan... harini kita akan belajar cara-cara membuat puding caramel (tutorial bergambar)... chef kita ialah cikgu ina.... baiklah, kita mulakan dengan bahan2 membuat puding caramel.... bahan-bahannya ialah:


Bahan Puding
  • Tiga (3) biji telur
  • Empat (4) keping roti
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
Bahan Caramel
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air masak

Cara-caranya...

1. Carik-carikkan roti2 tersebut menjadi kecil

 2. Pecahkan tiga (3) biji telur kedalam mangkuk dan kacau perlahan-lahan

3. Masukkan 1 1/2 cawan susu cair ke dalam blender

 4. Masukkan pula 1/2 cawan susu pekat ke dalam blender

5. Masukkan roti yang telah dicarikkan ke dalam blender bersama campuran susu cair dan susu pekat

6. Blendkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati

7. Untuk penyediaan karamel, sediakan 1/2 cawan gula dan 1/2 cawan air.


8. Campuran air dan gula dimasukkan ke dalam kuali dan masak sehingga kuning keperangan.


9. Setelah masak, pindahkan caramel ke dalam loyang dan ratakan. Biarkan sejuk seketika

10. Sementara itu, tuangkan bahan yang diblend bersama telur (dicadangkan ditapis terlebih dahulu agar campuran tidak berketul)


11. Campuran tersebut dikacau bersama

12. Tuangkan campuran ke dalam loyang berisi caramel yang telah sejuk

13. Masukkan loyang ke dalam oven. Masak pada suhu 150 darjah celcius selama 30minit.

14. Setelah siap, keluarkan dari oven. Terbalikkan puding tersebut dan potong mengikut potongan yang digemari.

15. Sedia untuk dinikmati bersama keluar tersayang... nyum nyum...


Tuan ku kata...
Owhh, memang sedappp puding yang cikgu ina masak... xmcm yg dijual di pasar malam yang terlalu manissss! and terima kasih yer kpd org yg bagi hadiah oven nih masa kawin :)

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
belum cuba belum tauuuuu ;)