Saya Mesti Pilih!

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


sedang tuan ku buat keje, tetiba en Adam dtg...
Adam: "Bank Rakyat buka share dia!"
Tuan ku: "Hah! Serius???"
Adam: "Yup, wife aku bgtau... dia skang kt sana, aku suh dia amik form kt Bank Rakyat"

tuan ku bkn la org yg terer bab2 pelaburan nih, tp rasanya this is the opportunity of a life time... Bank Rakyat adalah pemberi dividen tertinggi di Malaysia sejak beberapa tahun lepas. Tahun lepas sahaja, dividen bank rakyat adalah 15%, selepas tolak cukai and zakat.

Jadi tuan ku pun pegi Bank Rakyat smalam kt Presint 8, smpai lebey kurang 10:20am. Menurut Adam, share dh start dijual sejak isnin. Maksimum pembelian adalah RM500 sahaja. So dgn bodo2nya, tuan ku mencari pengalaman pertama membeli share. Utk mengurangkan rasa bodo, tuan ku pun ajak member bernama Rasyid pg bersama :P

Tuan ku sangat terkejut bila smpai Bank Rakyat. Bilangan org yg beratur utk beli share Bank Rakyat adalah sangat ramai, beratur sampai ke luar pintu bank. Tanpa buang masa tuan ku pun masuk bank, amik borang.

Petugas: "Pembelian baru atau pelaburan tambahan"
Tuan Ku: "Baru"
Petugas: "Isi nama kt buku tu, then amik borang"

Lepas amik borang...
Petugas: "Isi borang, buat dua salinan IC, then beratur... charge pengurusan RM5"
Tuan ku: "Okeh...!"




So saje nk bercerita skit, syarat2 utk beli share bank rakyat:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bermastautin di Malaysia
  4. Tidak hilang upaya dari segi mental
  5. Bukan seorang bankrap
  6. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar
  7. Bukan seorang yang telah dibuang dari menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun sebelum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu


Semasa beratur tnampak kt pintu tertulis "Pembelian saham sehingga 3:00 petang sahaja"

tengah beratur, lebey kurang ada 4-5 org kt blakang tuan ku, tetiba pak guard datang...
"Yg ada ni semua masuk dalam bank, kita nk tutup pintu... Permohonan dah ditutup".

errr, bukan smpai 3 ptg ke??? maka ramai la org yg datang pastu kecewa kerana xdapat beli. kt dalam tu smpat la sembang2 ngan org lain yg beratur... ada yg cerita psl pelaburan emas dll

Sampai kt kaunter lebey kurang kul 11:20pagi, tuan ku pun tanya...
Tuan ku: "Kak, hari ni last day ke?"
Akak Kaunter: "Kalau hari isnin ada lagi yg belum terjual, kita bukak lagi... tp xtau la..."
Tuan ku: "Nanti kene bukak saving akaun ke?"
Akak Kaunter: "Yup, dividen masuk situ..."


Tuan ku kata...
  • Memang goreng pisang panas tul share Bank Rakyat. Walau pun cuma RM500, tp it's a gud start and a gud try ;)
  • balik tu tanya Adam, "Ko dh beli ke?"... dia kata "Belummm" :P
  • ini adalah jenis pelaburan tuan ku yang kelima setelah Amanah Saham, Perniagaan dan Hartanah dan Emas... tp yg emas tu stakat beli emas utk bini je la xP

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
Saya mesti pilihhhh!

6 Response to "Saya Mesti Pilih!"

  1. Matjoe says:
    9 April 2011 pada 2:25 PTG

    ahaha, xpe, sorang boleh rm500 jer, dana 1 billion, 2 juta orang boleh langgan

  2. Author says:
    9 April 2011 pada 5:28 PTG

    patut dana 1 billion, leh beli share besar lagi xP

  3. bunga2hati says:
    20 April 2011 pada 5:19 PTG

    i like ur blog...ada macam2 yang u katakan di sini...do feel free dan jempit dan follow blog saya..
    http://bunga2hati.blogspot.com

  4. Wan Sajidah Ahmad Saburi says:
    4 Mei 2011 pada 9:20 PTG

    saya pilih jgk...hahahahaha

  5. syira Says:
    23 Julai 2011 pada 1:23 PTG

    SALAM..

    boleh kongsi x website saham for dummies tu.... teringin jgk nk join tp sebagai org islam benda2 ni halal ke?

    tq

  6. Author says:
    23 Julai 2011 pada 1:29 PTG

    Salam...

    Kalau nk main saham, kene faham konsep saham tu sendiri dlm sesebuah perniagaan... kene tau latar belakang syarikat tu, apa yg dijual, bisnes model dsb dan pastikan tidak melanggar syariah... kalau kita blasah je main, saham pun boleh jadi judi... so kene blajar jugak la fundamental saham supaya Insyaallah kita buat benda yang halal...

    http://www.81cents.com/ antara website paling basic psl saham pernah sy baca (dlm bahasa melayu)... so leh la kot study2

    harap membantu ;)