Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.
Seperti biasa, tuan ku keluar rumah utk panaskan enjin kete bfore wife beliau pegi keje. "Tit tot", butang dikunci remote ditekan... Tapi tuan ku perasan lampu signal kete Myvi tidak menyala. Bila kunci diputarkan, sah, bateri kong! Terpaksa mintak tolong jiran sblh jump kan power utk start kete.
Pagi tu mintak bos keluar opis jap nk beli bateri kete. Jiran sblh kata, jangan beli bateri GP sbb member dia yg keje kt kilang tu kata bateri tu xcukup plate (ntah betul ke tak, xtau le). Tp tuan ku carik kt kedai, yg ada jual cuma bateri GP dgn cap ayam jer. So beli jugak la cap GP.
Balik tu tuan ku terpikir gak la cmna nk tukar battery kereta Myvi nih... pernah tengok org buat tp xpernah tukar sendiri. ada jugak yg kata bahaya takut bnda2 elektronik short etc... klu kete BMW tu mgkin kot, tp kete Myvi ni Alhamdulillah xde prob.
So tuan ku kol member beliau en Syam utk dptkan maklumat cmna nk tukar bateri kereta dan buat research skit kt en Google tp xde yg btul2 ajar cara nk tukar. So tuan ku pun ambik kesempatan utk buat post nih....
Tutorial Tukar Bateri Kereta (spesifik: Myvi)
Sebagai persediaan, pastikan anda ada benda berikut:
- Bateri baru
- Playar
- Kunci kereta (kot2 la tetiba kunci tertinggal dalam kete plak)
- Bukak hood kereta, dan check kedudukan terminal (+)ve dan (-)ve bateri. cm Myvi, sebelah kanan anda tu (-)ve, sblh kiri tu (+)ve. jangan salah pasang plak, nnti rosak plak kete. Nak lagi bagus, amik gmbo cam tuan ku buat nih:
- Pisahkan terminal dengan kabel menggunakan playar. Mulakan dengan terminal (-)ve dulu (suggestion en Google). Pastikan playar anda tidak tersentuh dengan mana-mana besi pada kereta, dikhuatiri akan mengakibatkan spark.
- Bila dh bukak terminal, buka pula besu yang mengikat bateri dengan kereta. Besi tu berbentuk 'J' di sebelah depan dan belakang bateri. Pastikan anda pegang besi tu semasa nk buka sbb kalau jatuh, payah plak nk amik. Selepas itu, keluarkan bateri dan cover bater dari kereta
- Keluarkan lapik hijau dari terminal bateri lama (kalau ada) dan letak kt terminal bateri baru. Pindahkan bateri baru dan letakkan di ruangan bateri kereta, dan letak balik cover bateri (yg kaler hitam dalam rajah diatas) kt bateri baru (pun kalau ada).
- Pasang smula kabel terminal kat bateri baru, dimulakan dengan terminal (+)ve (xsure ada beza x kalau pasang (-ve) dulu). Selepas tu, ikat semula besi dengan besi 'J' di bahagian depan dan belakang bateri. Kalau alarm kete berbunyi, pandai2 la offkan guna kunci kete korang (aku buat alarm xberbunyi - terasa pelik).
- Last but not least, try start enjin kete. Kalau ok, set balik jam kete korang. Siap
Tuan ku kata...
- korang buat, aku xnk jamin kalau apa-apa jadik. aku pun try and error jer... nasib baik xde error xP
- Sori xdpt amik gmbo guna SLR sbb SLR aku kena kebas!
pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
try and error
11 Oktober 2011 pada 10:40 PG
oh yee...ada dgr gak kamera awit kena cilok masa tgh sbyg eh?
11 Oktober 2011 pada 10:05 PTG
waa... pandainya... ni bateri kering kan?? berapa ye harga dia???
11 Oktober 2011 pada 10:18 PTG
KiuK-> ha'ah... huhu
razie-> xar, ni bateri yg xkering. klu yg kering harga dia dlm RM160 lps tolak bateri lama (tgk brand). yg basah cmni dlm rm140 lps tolak bateri lama
12 Oktober 2011 pada 9:23 PTG
oic.. mcm tue pula.. ok2.. mekasih dgn maklumat ni.
2 Ogos 2012 pada 3:46 PTG
Mudah n ringkas...tak salah mencuba.
20 Januari 2014 pada 9:48 PG
Semalam aku dah tukar battery, tapi smpai sekarang blur cane nak set balik jam tu. Tolong ajar.
20 Januari 2014 pada 1:39 PTG
Myvi ke? Kalau myvi xsilap hold butang set tu then tekan M atau H
3 November 2014 pada 9:57 PG
Cara terbaik yg saya pelajari dari installer CATUARY BATTERY untuk menggantikan bateri kereta adalah dengan "jumper" bateri baru ke bateri lama dengan kutub(+-)yang betul dengan cara menonggengkan bateri baru ke bateri lama, kemudian start enjin. Barulah cabut yang positif diikuti negatif.Keluarkan bateri lama. Masukkan bateri baru dan pasang cable positif diikuti negatif. Mengapa kita perlu jumper dan start enjin? kebanyakkan kereta sekarang banyak menggunakan elektronik sistem dalam kendalian enjin, untuk tidak memutuskan sistem elektronik sebaiknya buat cara ini. Jika anda dapati sistem elektronik & enjin berubah sila setting @ reset semula sistem.
9 Ogos 2017 pada 11:24 PG
da tekan bnyk kali x jd ape pon...mcm mne ek?
6 Januari 2020 pada 6:36 PTG
Aku punya alarm pun tak bunyi selepas connect battery baru.. Lepas tu aku lock pintu alarm pun berbunyi mcm pintu tak tutup rapat walhal semua pintu dah rapat. Check sensor pintu semua ok je.. Apa masalah nya boleh jadi mcm tu bossku?
30 November 2020 pada 8:41 PG
2014-2017..3 tahun jam kereta tak set
3 Januari 2022 pada 2:08 PTG
Saya tukar bateri selepas pasang semua mau lock alarm tak boleh hanya lampu double signal sahaja menyala