Memaparkan catatan dengan label game. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label game. Papar semua catatan

Pacman made my day

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


korang masih ingat lagi hari2 dimana permainan game yg paling best adalah PacMan? well, today adalah ulang tahun PacMan yang ke 30 (maksudnya korang pun dh tua jugak le!)

arini tuan ku dpt bermain kembali game pacman di Google... yer, spt biasa google akan buat gila dgn mengubah icon google bila ada special day,,,


button 'Insert Coin' menggantikan button 'I feels Lucky'... tekan insert coin n korang leh men game tu... surprisingly, klu korang tekan insert coin lagi skali, korang leh main pacman tu utk 2 org! klu korang oldtimer gamers mcm tuan ku, automatically korang akan tau controller utk second player ialah WASD...

for iPhone, iPod Touch and iPad users, aku rasa korang xleh main kot game ni... sbb game ni utk device2 lame jerk xP (even though google gne HTML5 instead of Flash) 

Tuan ku kata...
Sgt bertuah kerana membuka internet today (sbb klu bukak internet sure bukak Google)... and Pacman made my day once again....

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
biarkan kanak2 melalui zaman kegembiraan mereka tanpa memikirkan apa2 masalah... they deserve their days... utk kenangan mereka di hari tua...

The Neverhood Chronicles

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


The Neverhood Chronicles adalah game tahun 95-96 (yes, tuan ku old-skooler), salah satu game yg sangat digemari tuan ku kerana game yg adventure sambil menguji minda. game yg setnya dibangunkan 100% menggunakan tanah liat, termasuk heronya yg bernama Klayman menjadikannya lebih unik berbanding game yg lain.


Jalan ceritanya juga berbeza+tidak terjangka spt game2 kebiasaan hari ini. Permain memainkan watak Klayman menggunakan mouse tanpa mengetahui apa matlamat sebenar dan apa yg perlu dilakukan dlm game tersebut. Tetapi perlahan2 misteri hidup Klayman dirungkaikan dengan olahan yg baik dan menjadi semakin menarik.

Watak Klayman yg bodo ala2 pak pandir dan kelakar menjadikan pemain akan terus melekat di kerusi. Tetapi teka-teki di dalamnya yg kadangkala xtercapai dek akal memaksa tuan ku membaca walkthrough jugak dulu. Setiap satu peringkat game akan disusuli dengan video tanah liat sebagai satu hadiah kepada pemain melepasi ujian yg disediakan. Di akhir permainan, pemain boleh memilih utk memilih bagaimana ending game tersebut (good ending/bad ending). sambungan siri ini yg dinamakan SkullMonkey dikatakan tidak se-best Neverhood.

dan semalam, tuan ku telah menjumpai semula game tersebut di internet beserta crack supaya boleh dimainkan di Windows XP. dan harini tuan ku bermain game tersebut straight smpai menang dan menyelesaikan semua masalah dlm tu tanpa baca walkthrough (even though byk yg xingat solutionnya -riak :P) dlm masa ~4 jam.

berikut adalah salah satu gameplay yg menarik utk ditonton:


Tuanku kata...
- game ini melepasi batasan teknologi di masanya
- ianya sangat mengimbas masa lalu.. coz dulu berkongsi idea ngan sibling nk selesaikan masalah dlm game tu, huhu
- aku tau org2 macam wani sure suke main game cmni (confident jerk :P)
- korang leh download free dr sini
- klu korang leh selesaikan tanpa baca walkthrough, mmg aku respek gile ar... come on, game tahun 96 je ni.. bkn game Doom 3 pun

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
main game cmni aku syorkan sebab menjadikan otak kita lebih kreatif, menajamkan minda serta membuatkan kita peka pada persekitaran

Buat game

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


walau bjuta kali pun org kata tuan ku terer wt programming,

dia masih xpuas ati n xleh terima pengiktirafan tu. nape?

biar pun sudah berpuluh ribu2 baris coding dibuat since tahun 1999,
tapi tuan ku masih xfaham nape beliau masih xboleh buat game2 yg simple,
sesimple game pacman, mario, digger, ice-climber yg hanya memerlukan space hardisk beberapa puluh KB.
yup, betul tuan ku penah buat game tic-tac-toe dulu masa tahun 1999,
tp xinteractive cm game2 diatas.

Hujung tahun lps tuan ku penah bgtau dia dh dpt tools utk buat game.
Tools tu mmg best sgt! cuma tuan ku xdpt luang kan masa utk focus.
Because buat game adalah salah satu cita2 tuan ku. sbb hanya disini, art+logic+programming leh digabungkan bersama! xkisah la kalau cilok idea game2 di atas pun, janji tuan ku leh buat. mesti tuan ku ske n gembira teramat.

Nape tetiba tuan ku cite psl game? sbb tuan ku baru bukak satu game, hanya 14KB, menggunakan bahasa programming moden. Never thought it can be done! very classic!

Mesti cuba:

*amik dari blog nihilogic

Tuanku kata...
Teringin nk ada company yg buat game plak, hehe. (Gila bukak company :P)

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
- Bila dipuji kejayaan kita, sebenarnya bukan milik kita.... (lagu raihan)
- buat apa yg kita ske, asalkan matlamat x menghalalkan cara

satu hari di bulan ramadhan

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

hari ini hari sabtu, bersamaan 24 ramadhan. malam semalam tuan ku telah tertidur senyenyak-nyenyaknya sebaik sahaja masuk waktu berbuka. tuan ku terjaga semula jam 5.30 pagi. mungkin tuan ku kepenatan kerana bangun terlalu awal pada hari sebelumnya.

dah hari ini, tuan ku terpaksa pergi ke kerja walaupun hari sabtu. tuan ku kini bekerja sebagai pengaturcara komputer yang sedang membangunkan sistem permohonan pinjaman tekun berasaskan web menggunakan coldfusion.

bercakap tentang kerjayanya, pagi ini tuan ku telah berjaya mengetahui bagaimana untuk membangunkan perisian 'games' utk mac, pc dan juga linux. tuan ku telah terjumpa 2 engine permainan yang dinamakan torque game builder (tgb) dan torque game engine advanced (tgea). tuan ku sangat gembira kerana ini adalah diantara pencariannya yg sudah begitu lama. tgb berfungsi untuk membangunkan permainan berbentuk 2d yang sangat cantik, menarik dan interaktif manakala tgea pula digunakan untuk membangunkan permainan 3d.

tuan ku telah cuba membuat permainan menggunakan tgb melalui tutorial pertama tetapi gagal. tetapi tuan ku yakin dan insyaallah boleh lakukan kerana mempunyai pengalaman dalam bidang pengaturcaraan.

aku doakan pencarian tuan ku berjaya. caiyookk