Memaparkan catatan dengan label service. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label service. Papar semua catatan

Perkongsian Ramadhan 2

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


Seorang pekerja muslim bekerja di Jepun. sejak tamat belajar, kini sudah beberapa tahun beliau bekerja di sana. beliau adalah seorang muslim yang baik dan taat mengerjakan solat 5 waktu, sehari semalam.

Hidup di negara orang yang rakyatnya tidak mengenali Islam, untuk menjalankan perintah Allah bukanlah sesuatu yang mudah. hanya iman yang kuat yang akan dapat menjaganya dari hanyut dibuai mimpi ngeri.

Berbeza dengan Malaysia, kita tidak pernah dilarang untuk menunaikan kewajipan solat diwaktu bekerja atau pada bila-bila masa. Di negara orang, tindakan kita berhenti bekerja untuk solat akan dipertikaikan dan dijadikan isu.

Suatu hari, seorang pekerja Jepun bertanya kepada sahabat muslim ini...
"Mengapa kamu selalu berhenti bekerja untuk sembahyang? bukankah ianya membazirkan waktu? tidakkah kamu orang muslim rasa betapa pentingnya setiap saat dan masa. Malah 5 kali kamu bersembahyang setiap hari"

Hamba Allah itu berfikir sejenak... lalu berkata beliau kepada rakyat matahari terbit itu...
"Jepun adalah sebuah negara yang maju... banyak teknologi dan kemajuan yang telah kamu perkenalkan kepada dunia... kereta, robot dan sebagainya... Semakin canggih sesuatu alat itu, semakin banyaklah ianya perlu diservis dan semakin banyaklah kos yang perlu dikeluarkan untuknya... Adakah itu benar?"

"Ya, tepat sekali..." jawab warga jepun tersebut.

"Sekarang kamu fikirkan, antara robot dan manusia... yang manakah yang lebih canggih ciptaannya?... tentu sekali manusia itu lebih canggih ciptaannya. dan seperti robot, manusia juga perlu diservis... sebab itulah manusia perlu diservis hatinya, 5 kali setiap hari dengan bersembahyang bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik"

terdiamlah orang jepun itu...

Tuan ku kata...
ini diceritakan oleh isteri aku... rasanya dari IKIM gak kot. samada kisah benar atau x, xdapat dipastikan. Wallahualam...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
solat itu tiang agama... servislah diri kamu dengan solat yang sempurna. kerna servis yang sempurna akan memastikan jaminan hayat yang lebih baik... pastikan anda gunakan alat ganti yang tulen

SILVER at first service

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


arini tuan ku amik photo guna kamera phone plak. so plz dun mengharapkan kualiti yg berkualiti (amik gmbar pun ngan perasaan malu2 :P).. huhu



appointment utk pg ni dibuat mggu lepas ari khamis. masa tu SILVER dh ~800KM pada usia 6 hari. service utk 1000KM/1 bulan pertama ni dibuat kt Perodua Balakong. I have to say, perkhidmatan yg tuan ku dpt masa booking agak mengecewakan beliau. But still buat servis kt sana sbb senang n dekat ngan umah.

masih ingat lagi dulu tuan ku pg servis kete ngan ayah beliau masa kecik2. bosan gile menunggu. dat time br tau kenapa ayah tuan ku bw buku bila nk servis kete kt proton. so, bfore pg, tuan ku beli newspaper dulu sbg bahan bacaan. smpai kt service centre, dengan xtau pape, tuan ku pun tanya cmna prosedur dia, n apa nk buat.

"Service amik masa 1 jam", kta org yg layan tuan ku. Siti namanya. "Kita suggest sume kete baru pasang span kt hood enjin, sbb dia boleh menyerap haba enjin n bunyi. so masuk tu, total semua skali tu ~RM195." tambah dia lagi. tuan ku pun accept je suggestion tu, sbb tuan ku rasa better kuar duit buat maintenance dr repair.


"Satu jam lagi after siap, saya akan panggil encik semula. Encik boleh duduk kt sana...". And I think, time had really change.. Zaman dah berubah, dunia dh maju... Masa menunggu servis bkn lagi masa yg sangat2 membosankan spt dulu. Aku xtau klu pusat servis lain cmni or x, tp kt sini ada magazine, newspaper, tv, sofa empuk, ber air-cond, n siap disediakan breakfast nasi lemak. And I have to say too, dat tuan ku very satisfied ngan perkhidmatan yg disediakan kali ni. Tepat 1 jam, kereta pun siap servis. Tahniah team Perodua Servis Balakong!

Tuanku kata...
- Yes, dh boleh bawak > 80KM/j. letsss lumbaaaaa...
- Ahli Kelab Myvi Discozmate:
  + Myvito Ejoy (Hitam)
  + *** Wani (Hitam gak kot.. :P
  + SILVER Eiyna (Silver)
  + Maya Ben (Hitam): baru dpt
  + *** Nadia (Cokelat): baru dpt gak...
  + *** *** (***): tgh booking. teka sape... hehe

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
klu perkhidmatan kita baik, client akan bagitau 3 orang. klu perkhidmatan kita buruk, client akan bagitau 30 orang. so, yang mana satu pilihan bijak???