Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Different side of the world

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku tuan blog. aku tuan blog. aku tuan blog.



tujuan post kali ni dibuat bkn utk bgtau korang apa yg aku yg aku buat... tp utk bagitau korang apa yg korang boleh buat, and berharap korang akan buat slps aku cerita. in fact, aku pun dalam dilema untuk menulis post ni atau tidak. tp dengan niat berkongsi, aku cerita gak la...

------

it is only few days before i was invited by Wan Nazirul to join him. Since I'm currently a lone ranger, so i follow him. and this is my experience so you will know that there's still a different side of the world... and you can invited to join too...


Lebey kurang pukul 9.30 mlm, kitaorg bjmpa kt masjid sri petaling. pool the car dan menuju ke masjid wilayah. niat kami, utk beriktikaf di masjid pada malam ke 21 Ramadhan.

bgambar macam pegi mekah la plak


Pukul 10 cmtu, kami sampai di destinasi. masih ramai org pergi terawih, tidak seperti masjid2 lain yang bilangan jemaahnya sudah berkurangan. kelihatan dari jauh kanak2 sibuk mengambil moreh. juadah bubur disediakan. dengan berbekalkan beg kecil berisi tuala, baju persalinan, air mineral dan berus gigi... aku dan wan masuk ke dalam masjid. berperasaan seperti seorang musafir.



mencari tempat menunggu sementara menanti jemaah terawih keluar, kami lepak di luar ruang utama masjid. suasana meriah sekali dengan kanak2 bermain. suasana kemeriahan xubah seperti disiang hari. malah ada 'komuniti' yg mengambil kesempatan melakukan perbincangan diluar masjid, topik apa tidak pasti.



sebaik sahaja jemaah terawih beransur keluar, kami masuk ke dalam masjid... mencari port yg sesuai untuk duduk, melakukan perbincangan keagamaan dan mengaji. selesai solat tahiyatul masjid, kami lihat ramai kumpulan2 kecil duduk bersama. ayah mengajar anak2 mengaji dan ada yg bertadarus tanpa mengenal bangsa. dihati sudah tentunya mereka bersaudara sesama islam.





aku rasa terharu dan bngga kerana masih ada lagi sebilangan kecil masyarakat islam di Malaysia yang bersungguh2 menyambut 10 malam terakhir ramadhan, mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan. bacaan al-quran berkumandang di ruangan utama masjid. firasatku mungkin beginilah perasaannya berada di masjidil haram, sedikit walaupun tidak sama.






hatiku tersentuh lagi. kalau td aku lihat kumpulan2 kecil tadi bilangannya 7-8 org, kenapa ditempat aku hanya kami berdua? mana pegi keluarga kami? sahabat2 kami? rakan-rakan kami? geng2 makan dan bergelak ketawa disiang hari? adakah mereka tidak tahu adanya tempat seperti ini, yg boleh membangkitkan semangat beribadah. kalau mereka tidak tahu, dh tentu memberitahu mereka itu menjadi tanggungjawab aku.




pukul 3 pagi... waktu yang sangat enak utk tidur. kalau selalu amat sukar utk bangun dan melakukan solat tahajud, kalini rasanya lebih mudah. bersemangat bila lihat semua org bangkit ditengah pagi mengambil wuduk dan melakukan qiamulail. hati ini sekali lagi berkata, aku mesti mengajak rakan-rakanku ke sini...



suasana pada jam 3 pagi


selesai subuh, kami berkemas utk pulang ke rumah masing-masing. mungkin iktikaf kami tidak panjang, tidak sampai pun satu hari... sepuluh hari jauh sekali. tapi ianya satu pengalaman yang menarik, mungkin akan lebih menarik bila pergi lebih ramai. aku berharap, ramadhan tahun depan kami dapat kesini lagi. dengan bilangan yang lebih dari dua orang, tiga setidak-tidaknya.



bersahur di masjid


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
- you'll never know, until you experienced it
- mari mengejar lailatulqadar

Perkongsian Ramadhan 2

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


Seorang pekerja muslim bekerja di Jepun. sejak tamat belajar, kini sudah beberapa tahun beliau bekerja di sana. beliau adalah seorang muslim yang baik dan taat mengerjakan solat 5 waktu, sehari semalam.

Hidup di negara orang yang rakyatnya tidak mengenali Islam, untuk menjalankan perintah Allah bukanlah sesuatu yang mudah. hanya iman yang kuat yang akan dapat menjaganya dari hanyut dibuai mimpi ngeri.

Berbeza dengan Malaysia, kita tidak pernah dilarang untuk menunaikan kewajipan solat diwaktu bekerja atau pada bila-bila masa. Di negara orang, tindakan kita berhenti bekerja untuk solat akan dipertikaikan dan dijadikan isu.

Suatu hari, seorang pekerja Jepun bertanya kepada sahabat muslim ini...
"Mengapa kamu selalu berhenti bekerja untuk sembahyang? bukankah ianya membazirkan waktu? tidakkah kamu orang muslim rasa betapa pentingnya setiap saat dan masa. Malah 5 kali kamu bersembahyang setiap hari"

Hamba Allah itu berfikir sejenak... lalu berkata beliau kepada rakyat matahari terbit itu...
"Jepun adalah sebuah negara yang maju... banyak teknologi dan kemajuan yang telah kamu perkenalkan kepada dunia... kereta, robot dan sebagainya... Semakin canggih sesuatu alat itu, semakin banyaklah ianya perlu diservis dan semakin banyaklah kos yang perlu dikeluarkan untuknya... Adakah itu benar?"

"Ya, tepat sekali..." jawab warga jepun tersebut.

"Sekarang kamu fikirkan, antara robot dan manusia... yang manakah yang lebih canggih ciptaannya?... tentu sekali manusia itu lebih canggih ciptaannya. dan seperti robot, manusia juga perlu diservis... sebab itulah manusia perlu diservis hatinya, 5 kali setiap hari dengan bersembahyang bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik"

terdiamlah orang jepun itu...

Tuan ku kata...
ini diceritakan oleh isteri aku... rasanya dari IKIM gak kot. samada kisah benar atau x, xdapat dipastikan. Wallahualam...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
solat itu tiang agama... servislah diri kamu dengan solat yang sempurna. kerna servis yang sempurna akan memastikan jaminan hayat yang lebih baik... pastikan anda gunakan alat ganti yang tulen

Perkongsian Ramadhan 1

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


Lalu bertanya seorang non-muslim kepada sahabat2 Islamnya...
"Kenapa orang Islam perlu solat 5 kali setiap hari?"

Maka malulah mereka kerana tidak dapat menjawab soalan yang mudah itu... mungkin ada yang menjawab kerana ianya adalah kewajipan, perintah Allah SWT... tapi jawapan itu tidaklah begitu membantu apabila seorang non-muslim yang bertanya...

Terbuku persoalan itu dihati non-muslim tersebut. Jawapan kepada persoalannya tidak berjawab walaupun telah ramai dia bertanya dan telah lama beliau menunggu... mengakibatkan hatinya masih terkunci untuk memeluk Islam.

Satu malam, beliau bersembang dengan seorang pemuda muslim yang beliau hanya kenal2 cmtu jer... sembang2 kosong. Setelah sekian lama bersembang, bertanyalah lagi non-muslim ini kepada pemuda tersebut.

"Boleh saya tanya, mengapa orang Islam perlu bersolat 5 waktu setiap hari?"

Pemuda itu tersenyum mendengar soalan non-muslim tersebut... lalu beliau berkata...
"Sekiranya tuan memberikan sesuatu kepada seseorang, apakah yang tuan harapkan darinya ketika itu?"

"Tentu sekali ucapan 'terima kasih'"... jawab non-muslim itu.

"Bagaimana pula tuan rasa, sekiranya tuan memberikan sesuatu kepada orang tersebut, maka setiap kali tuan berjumpa dengannya, 5 kali sehari... dia mengucapkan terima kasih kepada tuan...?"

mendengar jawapan tersebut, non-muslim itu tersentak. dan tidak lama selepas itu, beliau pun memeluk islam...

Tuan ku kata...
berdasarkan kepada kisah benar... yang dipetik dari ceritanya, didengari dari radio IKIM ptg tadi.

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
Banyak persoalan yang terbuku dihati seorang bukan islam apabila ingin mengenali Islam... tapi kita sendiri sebagai Islam kadang-kadang tidak mampu menjawapnya. Umat Islam bkn sahaja tidak lagi menguasai bidang ilmu dunia, malah turut lemah dlm ilmu agama itu sendiri

Berbuke buffet

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


ahad aritu telah berlangsung aktiviti makan2 bersama tuan ku n rakan2 tatkala masuk waktu magrib... xtau aku kenapa.. *sengal


lokasi yg dipilih ialah restoran nelayan di titiwangsa. jaynal sgt2 mengidam utk mkn disini dari zaman blaja di kampus lagi, so akhirnya menjadi kenyataan. aktiviti ini pula adalah kali kedua tuan ku makan buffet di bln pose selepas Hartz Chicken Buffet kt times square minggu sblmnya *xingat nk cite kt korang aritu

bertemakan 'makan bersama teman', aktiviti yg dijangkakan mendapat smbutan seramai 16 org ini telah menjadi 7 org shj biarpun tmpahan meja dibuat seminggu awal. ini adalah peserta2 *gmbar makanan dielakkan bg menghormati org korea:

Farid & Eiyna
tuan ku dan teman

Zainal & Erin 1
jaynal dan teman

Syam & Nadia 1
syam dan teman

Ejoy & Zainal
ejoy dan... errr, teman?

Tuan ku kata...
kesimpulan mkn kt restoran nelayan
- harga pakej makan smpai mati rm35
- harga air xtermasuk dlm pakej
+ byk pilihan mknan especially mknan utk steamboat
+ ada surau
- ramai n perlu booking awal
+ suasana meriah dgn ada pemain muzik tradisional
- parking susah

pd aku, xbrape berbaloi... sbb kenyang yg dialami ialah kenyang penuh air. berbanding Chicken Hartz yg airnya free (br rm22.90), lbh kenyang sbb aku lebih ske makan ayam bbnding steamboat

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
klu ko makan skit, baik xyah makan buffet masa ramadhan.. confirm rugi! bawak la org2 yg beratnya 100KG ke atas bg memastikan anda untung :P

cukupkan rukun Islam anda

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


sudahkah anda membayar zakat fitrah taun ni? jika anda sudah bekerja dan bole membeli kfc sbg santapan anda setiap minggu sudah pasti anda bole membayar zakat yg hanya RM5.20 shj (selangor). ala, bukan susah pun... sekurang2nya kta berusaha menghalalkan rezeki kite kan :)

tuan ku bayar zakat smalam kt bazar ramadhan *tiada unsur perbanggaan di sini. bkn byr kt penjual mknan, tp lembaga zakat selangor ade bukak kaunter kt situ. ape? xpenah pegi bazar ramadhan?? kt masjid pun bole byr gak. masjid pun xpenah pegi??? pg la kaunter zakat yg berhampiran. malas???? bayar online kt ezakat pun boleh skang. xde internet connection? *tipu gile, klu ko leh baca post ni, mestila ko ade internet connection! sms pun bole le... Taip Fitrah Selangor dan hantar ke 21999. dh xde alasan dh utk korang xbayar zakat!

Niat dia:
Perseorangan: Ini wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib keatas saya sebanyak RM5.20 pada tahun ini kerana Allah ta'ala.
Bersama Tanggungan: Ini wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib keatas saya dan tangunan sebanyak RM___ pada tahun ini kerana Allah ta'ala
Wakil: Ini wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib keatas _______ dan tanggunggannya yang mewakilkan kepadaku sebanyak RM ___ pada tahun ini kerana Allah ta'ala

Tuan ku kata...
gaji ribu riban, kete besar2, xkan nk bayar zakat yg xseberapa tu pun kedekut!

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
bayar zakat fitrah tu wajib. tp ape guna bayar zakat fitrah kalau xpose? n ape guna pose klu xsolat? so pose, n solat gak kay... sume tu wajib!

Cara kejut bangun sahur dengan berkesan

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


Ucapan Salam Ramadhan

aku dpt ni dr email tuan ku.. mb ada yg dh penah baca but just sharing bersempena ramadhan :)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..camni antara caranya..
  1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
  2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia....
  3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
  4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
  5. tutup kipas/air cond

kalau tak berkesan:

  1. jerit nama dia kuat kuat...
  2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
  3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
  4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
  5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
  6. jerit api! api! api!
  7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau masih tak berkesan:

  1. pergi kat telinga dia....then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
  2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir:

  1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya dia...

Tuanku kata...
- susahnya nk bgun sahur bila xhidup bekeluarga ni...
- skang amik jalan selamat sahur pukul 12am (sahur ke tu??)
- makanan rutin, roti gardenia ngan nugget+hotdog
- selamat menyambut ramadhan n jgn ponteng pose

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya.