gigi oh gigi

nenek xgunakan ubat gigi kayu sugi, nenek gunakan sos cili


Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.

malam tadi tuan aku menemankan abangnya mencabut gigi yg sakit sejak beberapa hari. setelah puas mencari akhirnya klinik gigi di serdang menjadi pilihan (sbnrnya xde pilihan pun, semua tutup bulan pose ni). dengan berbekal kan kos sbyk ~rm150, akhirnya gigi abg tuan ku berjaya dicabut setelah dipotong empat.

bagaimana anda membayangkan rupa seorang doktor gigi wanita? tuan ku pada awalnya membayangkan doktor tersebut berbadan sedikit gempal dan berumur lingkungan 40an. tetapi tuan ku berasa aneh kerana biarpun berasa sakit tetapi abg tuan ku tidak mengeluh, kerana doktor yang mencabut giginya itu cun, hehe. dan masih cik lagi. tuan aku yg menunggu diluar pun terkejut melihat doktor tersebut yang keluar setelah berjaya membedah gigi abg tuan ku selama hampir satu jam, kerana tidak langsung seperti yang dibayangkan.

tetapi itu bukan lah pengajaran yang baik utk kita semua sbb ianya bukan pembelajaran pun. jadi xperlu la aku menceritakan peristiwa tersebut dengan lebih lanjut. cuma apa yg berjaya dipelajari tuan ku mlm itu ialah cara-cara memberus gigi dengan betul, yg dibacanya di klinik tersebut kerana boring menunggu abg tuan ku dibedah.

kata2 terakhir, jagalah gigi anda biar putih berseri.
cara memberus gigi dengan betul

2 Response to "gigi oh gigi"

  1. Sai says:
    6 September 2009 pada 6:45 PG

    Salam...jumpa ur blog masa search dentist area serdang...klu ingat lagi,,tahu tak kat mn klinik ni? Thanx..

  2. Author says:
    6 September 2009 pada 11:25 PG

    klinik ni satu baris dengan JPN, dekat area foodcourt 'padang'