Ko dah selalu kt atas...

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


masa amik spm dulu, tuan ku selalu blajar dgn sahabat beliau. mmg kalau nk dibandingkan usaha tuan ku dengan sahabatnya, sahabat tuan ku jauh lebih rajin. siang malam usaha utk score spm. tp Allah takdirkan laluan hidup sahabat tuan ku jauh berliku dari tuan ku. result sahabat tuan ku tdk memperlihatkan usahanya. sungguhpun begitu sahabat tuanku sgt tabah menempuh dugaan kegagalan tersebut. dah Alhamdulillah sahabat tuanku berjaya bangkit, dan berjaya smbung ijazah di ipta tempatan.

arwah ibu sahabat tuan ku pernah berkata, yg dia dapat merasakan sesuatu akan menguji anaknya semasa ingin mengambil result spm di pagi hari keramat tersebut. arwah ibunya kata, sblm pergi sahabat tuan ku telah kembali ke dalam rumah semula setelah keluar kerana ttinggal sesuatu, dan itulah tandanya. kebenarannya masih tidak dapat tuan ku pastikan, dan mgkin hanyalah kebetulan.

dan hari ni, tuan ku gagal utk cert ccna. dugaan yg hampir sama spt yg pernah dilalui oleh sahabat tuan ku. semua kwn2 tuanku xpercaya n kata tuan ku kelentong, tp tuan ku pun xtau cmna nk terangkan. cmna rasa tiap kali orang bertanya? tuan ku kata "perghh, tajam bak pisau menghiris hati" :P hasil tdk setimpal usaha, trainer tu sendiri pun tergamam n xtau nk kata cmna. dia cuba punjuk tuan ku n kata, "xpe, jgn risau u boleh try sekali lagi. rm550 je". fuhh, kalau failed lagi bkn stakat sedih, ringgit malaysia pun melayang.

Allah pasti tidak akan menguji hambanya melainkan dia mampu menghadapinya, dan setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. wpun tidak sehebat dugaan sahabat tuan ku, tetapi peristiwa hampir sama dilalui tuanku. sblm pergi exam, tuan ku telah ditakdirkan utk termasuk semula ke dalam rumah kerana pintu rumah tiba2 terbuka. sewaktu masuk dan menutupnya lah tuan ku teringatkan peristiwa di atas. adakah kebetulan?

tuan ku cekalkan hati dan positif kan fikiran, tiada apa akan berlaku. tapi seperti yg telah tertulis di takdir, tuan ku gagal gak. tuan ku tidak regret sgt, sbb dh berusaha, dh berdoa, dan dh tawakal & redha dgn keputusannya. sedih tu tetap ada especially bila org bertanya, tp tuan ku percaya pasti ada hikmahnya. mgkin kalau tuan ku berjaya, tuan ku akan riak dan sombong. mgkin juga dgn kegagalan tuan ku, dapat mengurangkan rasa kecewa rakan2 lain yg sama2 gagal gak.

lps abis exam, tuan ku pergi minum dgn rakan tuan ku yg lain bagi meraikan kegagalan :P masa tu rakan tuan ku tu cuba amik ati tuan ku "Ko dah selalu kt atas... mgkin skrg ini masa ko kt bawah". mmg betul, hidup umpama roda. mgkin ni masa tuan ku utk rasa berada di bawah. tanpa kegagalan, kita akan lupa. tanpa kegagalan, kita tidak akan berjaya...


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil: jangan percaya pd benda2 tahyul dan senyum lah di waktu susah kerana senyuman di waktu susah itu tanda kesabaran...

*Al-Fatihah utk arwah ibu sahabat tuan ku, Razie Mat Saman,. (nama arwah lupa la plak)
*kepada sahabat tuan ku, betulkan fakta yg salah klu ada dlm post ni k ;)
*still bersyukur sbb awek tuan ku dpt lulus ujian ccna tu, sbb dia lbh mmerlukannya :)

3 Response to "Ko dah selalu kt atas..."

  1. wani ezryl * says:
    9 Disember 2007 pada 6:41 PG

    kite baru bc quote kat page sape ntah. kat situ dia tulis; org yg betul2 berjaya adalah org yg gagal, pastu dia bangkit balik and and be the best afterwards. means ada byk paths utk kejayaan. kite try path yg len pulak, insyaAllah mesti berjaya xD

  2. Author says:
    9 Disember 2007 pada 10:48 PG

    hehe, tu ar psl... aku share story ni moga2 org yg gagal kt luar sana tu xputus asa cmtu jer ;)

  3. NoName says:
    6 Februari 2008 pada 5:09 PG

    Waduh, susahnya nak post comment asyik keluar error.
    Tq sebab sudi ceritakan pasal saya dalam blog nie. Apa2 dugaan tue semuanya datang dari Allah S.W.T. Dia menduga kita sebab dia sayangkan kita, tak nak kita lupa akan kewujudanNya. Apa2 pun, HAPPAY!!!!!