Perkongsian Ramadhan 1

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


Lalu bertanya seorang non-muslim kepada sahabat2 Islamnya...
"Kenapa orang Islam perlu solat 5 kali setiap hari?"

Maka malulah mereka kerana tidak dapat menjawab soalan yang mudah itu... mungkin ada yang menjawab kerana ianya adalah kewajipan, perintah Allah SWT... tapi jawapan itu tidaklah begitu membantu apabila seorang non-muslim yang bertanya...

Terbuku persoalan itu dihati non-muslim tersebut. Jawapan kepada persoalannya tidak berjawab walaupun telah ramai dia bertanya dan telah lama beliau menunggu... mengakibatkan hatinya masih terkunci untuk memeluk Islam.

Satu malam, beliau bersembang dengan seorang pemuda muslim yang beliau hanya kenal2 cmtu jer... sembang2 kosong. Setelah sekian lama bersembang, bertanyalah lagi non-muslim ini kepada pemuda tersebut.

"Boleh saya tanya, mengapa orang Islam perlu bersolat 5 waktu setiap hari?"

Pemuda itu tersenyum mendengar soalan non-muslim tersebut... lalu beliau berkata...
"Sekiranya tuan memberikan sesuatu kepada seseorang, apakah yang tuan harapkan darinya ketika itu?"

"Tentu sekali ucapan 'terima kasih'"... jawab non-muslim itu.

"Bagaimana pula tuan rasa, sekiranya tuan memberikan sesuatu kepada orang tersebut, maka setiap kali tuan berjumpa dengannya, 5 kali sehari... dia mengucapkan terima kasih kepada tuan...?"

mendengar jawapan tersebut, non-muslim itu tersentak. dan tidak lama selepas itu, beliau pun memeluk islam...

Tuan ku kata...
berdasarkan kepada kisah benar... yang dipetik dari ceritanya, didengari dari radio IKIM ptg tadi.

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
Banyak persoalan yang terbuku dihati seorang bukan islam apabila ingin mengenali Islam... tapi kita sendiri sebagai Islam kadang-kadang tidak mampu menjawapnya. Umat Islam bkn sahaja tidak lagi menguasai bidang ilmu dunia, malah turut lemah dlm ilmu agama itu sendiri

5 Response to "Perkongsian Ramadhan 1"

  1. KecHiQuE oLiGoS says:
    19 Ogos 2010 pada 10:45 PTG

    pakcik farid...
    saya nk copy paste masuk blog saya...
    boleh tak???

  2. Author says:
    19 Ogos 2010 pada 11:42 PTG

    buleh... sebar2 kan lah :) nntikan perkongsian ramadhan 2 plak... satu lagi kisah menarik ;)

  3. Matjoe says:
    20 Ogos 2010 pada 8:46 PG

    lama x update...finally

  4. Tanpa Nama Says:
    22 Ogos 2010 pada 2:53 PTG

    perkongsian yang menarik. kadang2 nak petik gak dari IKIM masa dengar pagi2 on the way nak g kerja...

    tp diri ini sering terlupa nak olah cerita tersebut.... huhuhuh

    nanti aku goreng jadi maksud lain plak...

  5. Author says:
    23 Ogos 2010 pada 10:20 PG

    matjoe - skang ni br free skit.. hehe
    kaizen - ala, goreng pun sodappp :P