Perkongsian Ramadhan 2

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


Seorang pekerja muslim bekerja di Jepun. sejak tamat belajar, kini sudah beberapa tahun beliau bekerja di sana. beliau adalah seorang muslim yang baik dan taat mengerjakan solat 5 waktu, sehari semalam.

Hidup di negara orang yang rakyatnya tidak mengenali Islam, untuk menjalankan perintah Allah bukanlah sesuatu yang mudah. hanya iman yang kuat yang akan dapat menjaganya dari hanyut dibuai mimpi ngeri.

Berbeza dengan Malaysia, kita tidak pernah dilarang untuk menunaikan kewajipan solat diwaktu bekerja atau pada bila-bila masa. Di negara orang, tindakan kita berhenti bekerja untuk solat akan dipertikaikan dan dijadikan isu.

Suatu hari, seorang pekerja Jepun bertanya kepada sahabat muslim ini...
"Mengapa kamu selalu berhenti bekerja untuk sembahyang? bukankah ianya membazirkan waktu? tidakkah kamu orang muslim rasa betapa pentingnya setiap saat dan masa. Malah 5 kali kamu bersembahyang setiap hari"

Hamba Allah itu berfikir sejenak... lalu berkata beliau kepada rakyat matahari terbit itu...
"Jepun adalah sebuah negara yang maju... banyak teknologi dan kemajuan yang telah kamu perkenalkan kepada dunia... kereta, robot dan sebagainya... Semakin canggih sesuatu alat itu, semakin banyaklah ianya perlu diservis dan semakin banyaklah kos yang perlu dikeluarkan untuknya... Adakah itu benar?"

"Ya, tepat sekali..." jawab warga jepun tersebut.

"Sekarang kamu fikirkan, antara robot dan manusia... yang manakah yang lebih canggih ciptaannya?... tentu sekali manusia itu lebih canggih ciptaannya. dan seperti robot, manusia juga perlu diservis... sebab itulah manusia perlu diservis hatinya, 5 kali setiap hari dengan bersembahyang bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik"

terdiamlah orang jepun itu...

Tuan ku kata...
ini diceritakan oleh isteri aku... rasanya dari IKIM gak kot. samada kisah benar atau x, xdapat dipastikan. Wallahualam...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
solat itu tiang agama... servislah diri kamu dengan solat yang sempurna. kerna servis yang sempurna akan memastikan jaminan hayat yang lebih baik... pastikan anda gunakan alat ganti yang tulen

1 Response to "Perkongsian Ramadhan 2"

  1. Malaysia Sambung Bayar says:
    3 Mac 2011 11:44 PG

    Amat rindu raya...lemang memang sedap sekalian...