OldTown White Coffee halal atau tidak?

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


harini gaji kakitangan kerajaan masuk. oleh kerana dh lama tuan ku dan isteri xdinner kt tmpat special sikit, maka arini plan la nk mkn selain dari restoran biasa. maka teringat la kopitiam OldTown White Coffee. dh lama rasanya xpegi sne. dulu situ la tmpat berdating. maka mencari la tuan ku oldtown berdekatan...

gmbar masa lepak kt OldTown Cyberjaya

Cari punya cari, maka jmpa la sebuah oldtown kt puchong, otw nk balik rumah. kebetulan smpai2 je trus ada kete nk keluar... kira mmg rezeki la tu. sebaik shj duduk, menu dihulurkan. wow, mmg byk menu baru bbanding dulu... spt yang diwarwarkan di iklan tv dan surat khabar. order segelas air coklat, dan segelas lagi jus kegemaran tuan ku; sky juice. utk makanan, tuan ku nk try something new iaitu nasi ayam BBQ yg ada telur mata. isteri beliau plak order mee tomyam.

oleh sbb tghari xmkn, maka mmg berseleralah nmpak nasi yg baru terhidang tu. so, masa untuk melantak... kurang lebih 1/3 nasi ayam BBQ tu dimakan, ntah cmna tetiba tuan ku terfikir... "Eh, ayam ni halal ke? ada ke logo halal kt restoran nih?". Soalan yg jarang sekali terlintas difikiran tuan ku kerana biasanya tuan ku mkn kt restoran melayu murah jer yg insyAllah halal. Pemakanan tuan ku terhenti. Persaan ragu-ragu timbul. Resah dgn persoalan yg menyelinap di sanubari.

Toleh mee tomyam di sebelah, nmpaknya xde yg berunsurkan daging... so InsyaAllah halal. dgn pantas tuan ku mengambil semula menu tersebut. setiap helaian dibuka dan dilihat... tiada logo halal! diambil pula phamplet kt atas meja dan dibelek2. jawapan yg sama, tiada logo halal. Xpuas hati lagi, tuan ku bangun dan melihat di dinding2 restoran tersebut dan tawaf di sekitar restoran. masih tiada bayangan halal. begitu juga di kaunter bayaran.

iPad membantu tuan ku dalam pencarian maklumat Halal

Kebetulan tuan ku bw iPad harini, so tuan ku buka website OldTown utk lihat sekiranya ada logo halal malaysia. tetapi website oldtown xboleh bukak plak... Bantuan En Google digunakan. search kt tenet... tetapi tiada jawapan yg meyakinkan halal atau tidak dari forum2. Website Halal pula menjadi destinasi. Search 'OldTown'... hasilnya, cuma ada 3 sahaja premis oldtown yang disahkan halal, dan oldtown puchong tidak tersenarai. premis oldtown yg lain? tiada.

BilNama & Alamat Premis MakananSehingga
1. OLDTOWN KOPITIAM SDN BHD (SEC 7, SHAH ALAM)
(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)
NO.1G, JALAN PLUMBUM S7/5,
Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Selangor.
40000
Selangor Darul Ehsan  
30/11/2012 
2. OLDTOWN WHITE COFFEE (GC BANGI SDN BHD)
(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)
NO.23, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 4A, PUSAT BANDAR, .
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
43650
Selangor Darul Ehsan  
15/01/2013 
3. OLDTOWN WHITE COFFEE (GOURMET CHEF PERMATA SDN BHD)
(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)
NO. 1, PERSIARAN PERMATA, TAMAN PERMATA, 53300 KUALA LUMPUR.
53300
Selangor Darul Ehsan  
15/01/2013 

...
...
...


Tuan ku kata...
  • yg dh tertelan tu, doa insyaAllah halal je la... bkn aku nk kata kedai tu xhalal, cuma xde tanda yang menyatakan kedai itu halal. so lepas tu, mkn nasi dgn telur je la, ayam ditinggalkan tepi.
  • Teringat isteri aku kata masa mula-mula masuk kedai... "Aik, apsal ramai cina je kt kedai nih... xde melayu pun?".
  • mse dulu, pg oldtown cuma order air kopi or coklat... and roti jer. so xde la syak pape. tp arini mkn ayam bbq yg cara masakannya rasa chinese2 skit.


pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
sila tinggalkan perkara-perkara yg syubhah dan meragukan

4 Response to "OldTown White Coffee halal atau tidak?"

  1. Affan says:
    25 Mac 2011 pada 10:15 PG

    Salam.
    Saya pernah pergi Oldtown Seksyen 9 dan Seksyen 7 Shah Alam, sebab dekat dengan rumah.

    Rasanya kebanyakannya takde logo halal dari JAKIM, tapi dari agensi lain. Kalau tak silap macam ada perkataan "Asia Pacific Muslim blablalba " camtu lah.

  2. KiUk says:
    25 Mac 2011 pada 12:09 PTG

    kat company profile dia tulis...
    obtained a HALAL certification from the Islamic Religious Department of Perak for the various food.other food processing subsidiary, Emperor's Kitchen obtained HALAL certification from IFRC ASIA...

    JAKIM takde..

  3. wani ezryl * says:
    25 Mac 2011 pada 1:52 PTG

    ntahnya, kita mkn jugak situ dan menganggapnya halal. kalau betul2 ragu, mcm family kat kampung tu sembelih ayam sendiri :) tp org ckp ayam jual kat mydin tganu (tmpt len xtau ha) pun xmeragukan. xtau lah kite.

  4. Author says:
    25 Mac 2011 pada 2:43 PTG

    Affan -> mse tgk kt kedai tu xde plak mana2 sijil halal dr mana2 agensi... mb dia ikut premis kot...

    KiuK -> risau klu halal tu bergantung pd premis... ada yg halal n ada yg x...

    wani -> pasni kita bukak pusat sembelihan yer.. hehe