Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.
masa tuan ku kecik2 dulu, hujung minggu adalah hari yg menyeronokkan (kecuali time kene basuh kasut sekolah)... especially bila bangun jer, trus terbau berger yg dimasak oleh ayah beliau...
hari-hari tu dah berlalu... tapi bau berger tu masih dpt dirasakan bergelumang di rongga hidung tuan ku. so tuan ku berhajat utk mengambil tindakan yg berkesan iaitu dengan memasak burger sendiri untuk sarapan pagi!
untuk memasak berger yg agak special... beberapa barang tambahan perlu dilengkapi selain daging burger dan roti burger. antaranya adalah sos cili, mayonis, salad/kobis, timun, bawang besar, margerin, white pepper dan seasoning.
caranya membuatnya mudah sahaja dan sesiapa juga boleh melakukannya. pertama, panaskan kuali sehingga panas. sementara itu, tuan/puan boleh menyapukan margerin ke roti yg telah dipotong dan akan dibakar kelak...
apabila panas, letakkan sedikit margerin ke atas kuali untuk dijadikan minyak. jangan letak terlalu banyak kerana masak burger xperlukan banyak minyak. setelah margerin cair, letakkan daging burger ke atas kuali. tekan daging burger untuk memastikan daging masak sepenuhnya dan empuk.
untuk lebih sedap, taburkan white pepper dan seasoning ke atas daging burger yang sedang dimasak supaya ianya rasa seperti burger yang dijual di gerai tepi jalan. apabila daging telah masak, matikan api dan letakkan roti burger untuk digaringkan.
seterusnya adalah sesi menyusun burger. menyusun kandungan burger tidak ada teknik yg formal... susun ikut kesukaan anda. roti juga boleh disapukan mayonis untuk lebih sedap. sekiranya ada lebihan telur dirumah, boleh juga digoreng untuk dijadikan burger special.
Tuan ku kata...
soalan teka teki... kenapa gmbar diatas mempunyai 3 biji burger tetapi hanya mempunyai 2 cawan?
pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
sarapan pagi bersama-sama keluarga untuk membina keluarga bahagia...
11 Jun 2011 pada 6:29 PTG
haha... sb awit mkn xtra!! ke bby yg mkn satu lg :D
11 Jun 2011 pada 6:41 PTG
alaa..baru nak jawan satu lg baby yg mkn..
dah ade org lagi laju jwb..
haha..
11 Jun 2011 pada 10:45 PTG
mesti la sbb tukang masak burger nk makan lebey... haha xP
11 Jun 2011 pada 11:33 PTG
dah agak dah... lagi satu tu, confirm ko yang bedal. kalau tak pun ko akan kata, aku wakilkan baby tu makan dulu... ;p
rajin ko masak ye.
pasni masak la masakan lunch pule. demi isteri terchenta... hahaha
12 Jun 2011 pada 12:08 PG
sedapnya... ttiba rasa lapar memalam nie..
12 Jun 2011 pada 12:48 PG
kaizen-> klu aku kata lagi satu tu aku jual, ko xpercaya plak... hehe
razie-> uishh, mmg sedap punnnn... :P
12 Jun 2011 pada 9:37 PG
alangkan kite masak burger pun makan 2 unit, inikan pulak ko :PP hahaha
12 Jun 2011 pada 9:38 PG
oh. kite suka masak dgn sos tiram. serius sedap weh.
12 Jun 2011 pada 10:30 PG
dgn sos tiram eh... hmm, idea br tu... aritu ada terpikir gak tp cm pelik la plak, hehe. nnti leh try nih...tq
13 Jun 2011 pada 2:18 PTG
sedappppppppppppppppppppppp sgt3...
so sape2 nak rse..meh dtg sarapn umah kitorang ;p Thx abg..len kali wat lg..seriyes sedap!
13 Jun 2011 pada 9:10 PTG
13 Jun 2011 pada 9:13 PTG
wah!leh jd tokey burger lps nie..hahaha..uik?ina ajak sarapan...ok2..nanti kami dtg satu unit...hahaha
13 Jun 2011 pada 9:20 PTG
mmg dijemput... tp kaunter bayaran dibuka di pintu keluar... meh la dtggg... xP
12 Julai 2011 pada 2:51 PTG
sangat lapar!! Kitty mcm terasa nak masak burger 3 ketul untuk dimakan sendiri. mayoooo more yummy!
27 Februari 2022 pada 3:55 PG
Betway Casino: All the Best Software and Games for Online Gambling
Betway casino is 토토커뮤니티 a 바카라 몬 popular name in the world of 바카라 용어 online gambling and has been established in 슬롯머신 무료 2018. 카카오 스포츠 Betway is based in Cyprus,