not ur days part 2

KLIA Transit

Assalamualaikum... salam pembuka bicara
aku sebuah blog. aku sebuah blog. aku sebuah blog.


skang dh pukul 3pg. so aku assume cite yg aku nk cite ni citer mlm semalam...
kisah satu: banjir
kisah dua: pancit
kisah tiga: komuter

spt yg dpt tuan ku rasa kan, minggu ni mmg minggu x brape nk kena.
ptg td pas jumaat, tuan ku teman awek dia interview kt multinational company kt KL sentral.
awek tuan ku turun KL hari khamis semata2 utk interview ari jumaat, and mb sbtu dh blk kelantan semula sbb aku g muor, amik gmbo kahwin faznol kt tmpat lelaki.

abis je interview, gi mkn2 skit kt mcD, tggu maghrib. and after maghrib tuan ku bergerak balik naik komuter, sementara awek beliau naik putra lrt. tak lama tuan ku tunggu kt sentral, komuter smpai. naik, siap dapat tempat duduk lagi.

then xlama pastu smpai kt stesen Salak Selatan. "Train ini terpaksa dihentikan seketika kerana mengalami masalah di stesen Serdang". tuan ku syak mungkin problem sbb ujan. so spt kebiasaan, itulah masalah yg sering dihadapi penumpang2 komuter (ohhh, plz ktmb!). "xpelah.. mb ni dlm 15-20min, top 30minit" fikir tuan ku. After 15 min, "Train ini masih lagi tidak dapat bergerak di atas masalah teknikal yang berlaku di stesen komuter serdang, kami meminta maaf bagi pihak KTMB diatas kesulitan", makluman yg jelas dari speaker kedengaran wpun biasanya speaker train kmtr problem.

Tuan ku park motor kt stesen Serdang n naik komuter pg Sentral ptg tu. so destinasi tuan ku masa tu ialah stesen serdang... tuan ku lepak lagi dlm komuter smbil baca majalah Digital Camera bulan 3 yg baru dibeli. Selang 15 min kemudian: "Harap maaf, sistem pengawalan kami di Sentral Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan elektrik. Semua sistem KTMB tergendala buat sementara waktu. Tidak dapat dipastikan bila gangguan akan dapat diselesaikan. Tuan puan boleh mengambil tindakan alternatif lain bla bla bla...". Arghhh, damn. mana ada cara lain nk pegi Serdang selain komuter. tp kalau tunggu ni mau sejam dua lagi lum pasti.

Tuan ku keluar dari train. dh ramai penumpang tggu kt luar, frust ngan perkhidmatan komuter yg sering menghampakan. Sambil memikirkan solution, tuan ku menuju ke drebar komuter. 

Drebar: "Skrang ni encik tgk lampu2 kt depan tu sume merah. kalau merah tu mmg kita xleh jalan. kalau jalan gak mmg nahas. sedangkan lampu oren pun kitaorang xdibenarkan jalan. Sistem kawalan kt Sentral ada masalah, saya xleh buat apa2. Keje saya bawak n berenti kan train jer. Ini pun mb diaorang kena dtg setiap stesen, ubah laluan rail secara manual. Kalau encik nk penjelasan lanjut en try ar kol no teknikal ni... bla bla bla". 

Then ada plak yg menyahut dgn nada perli,
Penumpang A: "camni kita kena kol pak lah ni, bgtau dia mslh kita"
Drebar: "nk buat cmna encik, menteri pengangkutan pun xde skang ni"
Penumpang A: "apa no tipon td, saya nk kol tanya detail" sambil mendail

Tiba2 ERL lalu kt sebelah dengan pantasnya,
Penumpang A: "tgk tu, ERL xpenah ada mslh pun. siap punctual lagi"
Penumpang B: "ok, skang ni ape alternatif lain yg ada. KTM xde sediakan bas ke?"
Drebar: "Bas xde la encik, yg tu sy xmasuk campur. tp encik leh jalan kuar dr sini, dlm 15 min jalan leh smpai Star LRT. tapi keselamatan sy xjamin sbb dh malam cmni"

Yer, waktu tu dh pukul 10. tuan ku kol kawan2 and abg beliau. jaw yg diterima:
Abg: "gua xtau ar kt mana jln masuk stesen salak south"
Member: "cmne nk pegi sana tu???"

Betul, mmg ramai xtau kt mana lokasi stesen kmtr salak south. tuan ku sendiri pun xtau, cmna nk explain kt org lain. Dari duduk tercanguk, menanti sesuatu yg xpasti, tuan ku amik risiko kuar n cari stesen LRT. waktu tu bas n teksi pun xde. dgn mengikut gerak hati, akhirnya berjaya jugak jmpa stesen star LRT salak selatan. dr situ, pg Sg Besi, and mintak tlg member amik n antar ke stesen serdang. tuan ku akhirnya sampai umah pukul 10.40 mlm.

cisss, terlepas raja lawak final!

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
kali pertama masa banjir, aku sorang jer terlibat.
kali kedua masa pancit, 3 org termasuk aku terlibat.
dan kali ni, berpuluh2 org terlibat...
ada ke perkara yg boleh dirumuskan dari 3 baris ayat di atas???

pengajaran: jauhi diri dari penggunaan KTM komuter melainkan terpaksa. STAR ngan PUTRA ok!
*pihak KTMB, jangan la hampakan penumpang2 mu yg sangat bernilai ini. dah banyak kali korang hampakan kami, dan dah byk kali kami bersabar. jangan smpai kami pulaukan komuter dan gulingkan pentadbiran! :P

2 Response to "not ur days part 2"

  1. wani ezryl * says:
    15 Mac 2008 pada 10:34 PG

    mmg selalu je KTM tu prob. dlu time kite slalu naik komuter tu, esp nk balik univ, mmg xsah kalau tren xdelay. ntah bile nk ok ntah.

  2. bzz says:
    15 Mac 2008 pada 4:44 PTG

    Ape lagi, pancitkan tayar keretapi...